Sumber Rujukan Globalisasi Anda

9 Tips Kereta Tenggelam Banjir Yang Boleh Anda Lakukan

Tips Kereta Tenggelam Banjir ini dikongsikan kepada mereka yang terjejas akan keadaan beberapa buah negeri pada masa kini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel ini.

Tips Kereta Tenggelam Banjir 

Isi Kandungan

Banjir

Banjir merupakan antara salah satu bencana alam yang digeruni oleh sebilangan manusia kerana akibat yang dibawa daripadanya amatlah besar. Tidak kiralah kesan kepada fizikal, mental dan kebendaan. Akan tetapi, keadaan banjir ini bukan berada di bawah kekuasaan kita untuk mengawalnya.

Baru-baru ini, kejadian banjir yang melanda teruk di kawasan negeri Selangor amatlah memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang terjejas teruk dan menjadi mangsa dalam situasi ini. Tidak banyak yang tidak dapat mereka lakukan selain hanya mampu berserah dan melakukan apa yang patut.

Pada kali ini, akan saya kongsikan dengan anda tips kereta tenggelam banjir yang boleh anda lakukan bagi mengatasi situasi ini. Yang penting, utamakanlah nyawa anda berbanding kebendaan yang bersifat tidak hakiki.

Tips Kereta Tenggelam Banjir

Baca perkongsian berkaitan tips kereta tenggelam banjir semasa dan tips kereta tenggelam banjir selepas. Moga-moga membantu anda.

Tips Kereta Tenggelam Banjir 

Tips Kereta Tenggelam Banjir(Semasa) :

  • Kenal Pasti Kedalaman Air di Sekitar Kereta

Pastikan anda anggarkan dahulu kedalaman air di sekeliling anda dan jalan di hadapan. Tentukan sama ada kereta anda masih terus bergerak atau lebih baik berhenti sahaja. Jikalau boleh, jangan sehingga air masuk ke dalam kereta, baru mahu berhenti.

Sekiranya ketinggian air tidak terlalu tinggi dan membolehkan kereta anda bergerak, maka bersegeralah ke lokasi yang lebih tinggi atau kawasan yang tidak terjejas.

Keputusan di tangan anda.

  •  Elak Untuk Hidupkan Enjin Kereta

Perkara yang paling penting ketika menghadapi situasi banjir adalah anda tidak boleh untuk menghidupkan suis kereta. Sekiranya anda berada dalam keadaan banjir yang teruk sebelumnya, dan air sudah pun surut sedikit yang membolehkan anda bergerak, jangan tergesa-gesa untuk hidupkan suis kereta anda.

Hal ini adalah kerana ianya mampu memberi kesan yang lebih teruk kepada kereta anda. Tidak kira sama ada enjin kereta dan lain-lain. Yang pastinya, kos yang diperlukan untuk membaiki kereta anda akan meningkat naik tanpa dijangka.

Jadi berwaspadalah akan hal ini.

  • Hubungi Pihak Berkuasa atau Bertanggungjwab

Pastikan anda mengetahui nombor pihak berkuasa yang betul. Lebih dekat adalah lebih baik kerana peluang untuk anda menyelamatkan diri anda lebih tinggi. Gunakan saluran yang betul. Maklumkan juga keadaan semasa anda kepada rakan, kenalan terdekat dan paling penting keluarga anda.

Ini supaya mereka tidak terlalu risau berkaitan keadaan anda dalam kereta.

  • Tolak Kereta Anda Ke Kawasan Yang Selamat

Sekiranya kereta anda sudah tidak mampu bergerak lagi, terutamanya kereta mereka yang rendah, anda perlu berhenti di kawasan berhampiran yang selamat.

Panggillah orang kawasan sekitar untuk membantu anda menolak kereta ke kawasan yang diyakini lebih selamat dan sesuai. Jangan menghalang laluan orang lain. Sekiranya kita tidak mampu bergerak, maka bantulah mereka yang mampu meneruskan perjalanan ke lokasi selamat.

  • Kunci Kereta Anda

Perkara ini adalah paling penting. Meskipun kita fikir kita berada dalam situasi banjir, jangan lengah atau leka kerana kita tidak tahu apa lagi yang bakal terjadi. Anggaplah ini adalah langkah keselamatan buat anda.

Mahu terima atau tidak, inilah kenyataannya. Anda akan kembali ke kereta anda bagi membersihkan dan seumpamanya.

Tips Kereta Tenggelam Banjir(Selepas) :

Ini adalah langkah yang boleh anda lakukan iaitu tips kereta tenggelam banjir selepas situasi teruk terjadi. Moga-moga segala urusan anda dipermudahkan.

  • Hubungi Syarikat Insurans Individu

Ini adalah untuk anda mendapatkan perlindungan. Sekiranya anda sudah pun mendapatkan insurans untuk kereta anda, jangan ragu-ragu untuk mendapatkannya.

Pastikan anda:

  1. Hubungi pihak insurans pada masa yang sesuai.
  2. Kumpulkan bukti yang relevan dengan ambil gambar.
  3. Buat laporan polis apabila keadaan air semakin surut.
  4. Berikan surat tuntutan dan dokumen lain yang diperlukan.
  5. Hantar kereta anda ke bengkel.
  • Pastikan Kabin Kereta Anda Dikeringkan

Lumpur dan air yang mengotori bahagian dalaman kereta hanyalah memberi gambaran setakat mana air yang berjaya memasuki kereta. Akan tetapi, kita tidak tahu seberapa banyak air yang sudah memasuki dan berbaki dalam enjin kereta.

Mahu atau tidak, kita perlu mengeringkannya terlebih dahulu. Perkara yang terbaik adalah membawa kereta ke bengkel kereta.

  • Penapis Udara dan Minyak Kereta Haruslah Diperiksa

Jangan hidupkan enjin kereta untuk menguji pendingin udara kereta anda. Ini adalah langkah yang paling salah. Tukar minyak kereta, bendalir kereta di semua bahagian dan pastikan semua komponen kereta berada dalam keadaan yang kering.

Ianya menjadi suatu kelebihan jikalau anda memiliki kemahiran untuk menukar semua ini sendiri. Jikalau tiada, anda hanya boleh menyediakan wang yang secukupnya sahaja.

  • Buat Penilaian Pada Tayar dan Roda Kereta Anda

Bahagian ini juga penting kerana kita tidak sedar atau perasan bahagian tayar yang dihadang oleh lumpur. Untuk lebih baik, cuci kereta anda. Buang segala kesan lumpuran dan ranting-ranting kecil yang tersekat pada tayar dan roda kereta anda. Tips kereta tenggelam banjir ini berguna buat anda.

Ianya akan memberi kesan getaran kepada pemanduan anda apabila anda memecut di lebuh raya kelak. Akhirnya mampu membawa kemalangan. Moga-moga dijauhkan.

*NOTIS: Sekiranya anda terjejas akan bencana alam ini, anda boleh membaca artikel berkaitan Bantuan RM1000 dan Cuti Bergaji Kepada Mangsa Banjir. Anda boleh membaca di sini.

Maklumat Berkaitan Banjir

Selain daripada tip kereta tenggelam banjir juga, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan info-info semasa banjir dengan melayari laman web di bawah.

Laman Pautan Rasmi Public Info Banjir.

Dalam laman ini, anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan:

  1. Info terkini banjir.
  2. Kawasan yang mengalami banjir.
  3. Notis penutupan jalan.
  4. Dan lain-lain yang penting.

Talian Yang Boleh Dihubungi

Sekiranya anda terlibat, atau melihat atau terdengar berkaitan mana-mana mangsa banjir yang masih:

  1. Terperangkap dalam kereta.
  2. Terperangkap dalam rumah atau bangunan.
  3. Tidak dapat bergerak ke kawasan lain.
  4. Tidak dapat berpindah ke pusat mangsa banjir.
  5. Lain-lain hal berkaitan.

Anda bolehlah menghubungi Pusat Kawalan Operasi Pusat bagi Pengurusan Bencana Negeri mengikut zon anda sendiri. Buat tindakan segera dan pantas bagi membantu mereka yang terlibat. Jangan lupa untuk ikuti tips kereta tenggelam banjir yang saya kongsikan di atas.

Marilah kita sama-sama hulurkan bantuan setakat yang termampu kepada mereka.

Tips Kereta Tenggelam Banjir 

Tips Kereta Tenggelam Banjir 

Banjir Bukan Mainan

Diharapkan agar perkongsian berkaitan tips kereta tenggelam banjir ini mampu memberikan anda idea untuk megharungi ujian ini. Kepada mereka yang terlibat, jangan berputus asa. Teruskan kehidupan anda kerana mungkin hikmah yang menanti anda akan menjadi lebih besar.

Dalam masa yang sama, sama-samalah kita beringat bahawa keadaan kita pada masa kini masih belum bebas daripada cengkaman penyakit Covid-19.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More