Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

Kalendar Tahun 2023 telah mula dikongsi ramai berikutan tahun 2022 hampir melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Ramai yang mula merancang percutian dan majlis-majlis untuk tahun hadapan.

Di sini kami kongsikan kalendar tahun 2023 secara penuh lengkap dengan cuti umum, cuti perlepasan negeri dan juga cuti sekolah. Orang kata, plan awal tak kalut, jom kita tengok senarai lengkap dari bulan Januari hingga Disember 2023.

Isi Kandungan

Senarai Penuh Kalendar Tahun 2023

Kami senaraikan penuh kalendar tahun 2023 bagi 6 bulan pertama. Walau bagaimanapun, kami kongsikan juga kalendar penuh untuk 6 bulan kedua bagi rujukan pembaca. Jom kita tengok dan ‘mark’ nak ambil cuti pada bulan berapa.

Bulan Januari:

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 1 Januari (Ahad): Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
  • 14 Januari (Sabtu): Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
  • 22 Januari (Ahad): Tahun Baru Cina Hari Pertama (Semua Negeri)
  • 23 Januari (Isnin): Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu)

kalendar tahun 2023

Bulan Februari:

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 1 Februari (Rabu): Hari Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya sahaja)
  • 5 Februari (Ahad): Hari Thaipusan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor sahaja)
  • 18 Februari (Sabtu): Israk Mi’raj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu sahaja)

kalendar tahun 2023

Bulan Mac:

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 4 Mac (Sabtu): Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
  • 23 Mac (Khamis): Awal Ramadhan (Johor, Kedah dan Melaka sahaja)
  • 23 Mac (Khamis): Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)

kalendar tahun 2023

Bulan April:

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 7 April (Jumaat): Good Friday (Sabah dan Sarawak sahaja)
  • 8 April (Sabtu): Hari Nuzul Al-Quran (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu sahaja)
  • 15 April (Sabtu): Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka sahaja)
  • 22 April (Sabtu): Hari Raya Aidilfitri Hari Pertama (Semua negeri)
  • 23 April (Ahad): Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua negeri)
  • 26 April (Rabu): Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 1

Bulan Mei:

Cuti Umum dan kelepasan negeri:

  • 1 Mei (Isnin): Hari Pekerja (Semua negeri)
  • 4 Mei (Khamis): Hari Wesak (Semua negeri)
  • 17 Mei (Rabu):  Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
  • 22 Mei (Isnin): Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
  • 30 Mei (Selasa): Pesta Kaamatan Hari Pertama (Pesta Menuai) (Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah sahaja)
  • 31 Mei (Rabu): Pesta Kaamatan Hari Kedua (Pesta Menuai) (Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah sahaja)

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2

Bulan Jun:

Cuti umum dan perlepasan negeri:

  • 1 Jun (Khamis): Hari Gawai Hari Pertama (Sarawak sahaja)
  • 2 Jun (Jumaat): Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak sahaja)
  • 5 Jun (Isnin): Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Semua negeri)
  • 18 Jun (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
  • 28 Jun (Rabu): Hari Arafah (Kelantan dan Terengganu sahaja)
  • 29 Jun (Khamis): Hari Raya Qurban Hari Pertama (Semua negeri)
  • 30 Jun (Jumaat): Hari Raya Qurban Hari Kedua (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sahaja)

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 3

Bulan Julai:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 4

Bulan Ogos:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 5

Bulan September:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 6

Bulan Oktober:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 7

Bulan November:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 8

Bulan Disember:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 9

Cuti Sekolah

Selain cuti umum, antara perkara yang paling ditunggu oleh ibu bapa dan anak-anak pastinya cuti sekolah! Masa cuti sekolah itulah pelbagai aktivit dirancang untuk dibuat bersama. Disebabkan itulah, kami tidak meninggalkan info berkaitan cuti sekolah dalam perkongsian maklumat cuti pada kalendar tahun 2023 ini.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi milik Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek menjelaskan cuti sekolah adalah seperti berikut:

  • Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Jan 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A.
  • Manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2023.
Beliau turut mengucapkan “Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi!”.
Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 10

Senarai penuh cuti sekolah dalam kalendar tahun 2023:

Berikut kami kongsikan senarai penuh cuti sekolah pada kalendar tahun 2023 mengikut kumpulan, iaitu kumpulan A dan kumpulan yang telah ditentukan mengikut negeri masing-masing.

Selain itu, cuti sekolah yang berkait dengan perayaan umum turut kami kongsikan sebagai rujukan pembaca. Maklumat ini kami dapati menerusi laman rasmi KPM di SINI: 

Senarai cuti sekolah mengikut penggal bagi kumpulan A:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 11

Senarai cuti sekolah mengikut penggal bagi kumpulan B:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 12

Senarai cuti sekolah berdasarkan cuti perayaan di bawah cuti umum:

Kalendar Tahun 2023: Senarai Penuh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 13

Penutup

Macam mana dengan perkongsian kami? Adakah ia membantu anda untuk merancang perjalanan, percutian atau plan apa sahaja majlis di tahun hadapan?

Pastikan rancang awal-awal supaya tiada kekalutan berlaku nanti. Kalau ada merancang untuk bercuti kat Kelantan, pastikan rujuk 10 TEMPAT MENARIK DI KELANTAN supaya percutian anda dimanffatkan sepenuhnya.

Semoga artikel ini membantu anda dan moga segala perancangan di tahun hadapan dapat berjalan lancar. Jom semak Kalendar Tahun 2023 dan Happy New Year semua!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More