Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mohon DPLI UPSI Intake Februari 2023 Sekarang!

DPLI UPSI bukan sesuatu yang baru terutama dalam kalangan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda universiti tempatan tanah air. Kebanyakan pelajar memang terdedah dengan kos pelajaran DPLI UPSI yang sering dikatakan cara mudah untuk menjadi guru.

Terkini, pengambila untuk DPLI UPSI bagi intake Februari 2023 telah dibuka sekarang. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru, boleh membuat permohonan sekarang mengikut maklumat yang kami kongsi.

dpli upsi

Untuk makluman bahawa UPSI Holdings Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama agensi negeri-negeri di seluruh Malaysia sekali lagi menawarkan program DPLI bagi kemasukan Februari 2023.

Isi Kandungan

DPLI UPSI ni apa?

Program DPLI ini merupakan salah satu sijil yang diikitiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai lesen untuk mengajar di sekolah kerajaan mahupun swasta.

Program ini juga merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah, di mana pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel.

Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

Kelebihan Program DPLI

Menurut seperti yang dikongsi oleh website Uni Akademia, antara kelebihan program DPLI adalah seperti berikut:

  1. Yuran pengajian keseluruhan RM10,000.
  2. Yuran dibayar ansuran 4 kali.
  3. Masa belajar yang dleksibel semasa cuti sekolah.
  4. Diploma dianugerahkan UPSI.
  5. Mempunyai pengiktirafan MQA dan KPM.
  6. Pembelajaran sepenuhnya pada cuti sekolah.
  7. Pembelajaran secara bersemuka beserta latihan mengajar,
  8. Diploma ikhtisas untuk mengajar sekolah kerajaan atau swasta.

Syarat Kemasukan

Antara syarat kemasukan DPLI di bawah UPSI ini adalah:

  • Telah mempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf kerajaan.
  • PNGK tidak kurang daripada 2.00
  • Lulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Warganegara Malaysia

dpli upsi
Cara Permohonan

Langkah-langkah untuk memohon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI intake Februari tahun 2023 (Mod Cuti Sekolah) adalah seperti berikut:

  1. Download borang menerusi link di SINI.
  2. Boleh juga isi google form di SINI.
  3. Google form yang disediakan ini adalah untuk semakan kelayakan pemohon dan akan ditapis oleh pihak pengurusan.

dpli upsi

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah:

  • 31 Januari 2023

Penutup

Jika terdapat sebarang kekeliruan atau pertanyaan, boleh terus rujuk dengan Pegawai Perhubungan Pelajar di talian 017-4294857 @ 017-5060857.

Selain untuk kerja sebagai guru sebagai pilihan, pembaca juga boleh kerja kerajaan dalam sektor keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia. Permohonan turut dibuka dan tekan link untuk mohon sekarang!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More