Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Anak Pelihara JKM 2023 Sehingga RM500 Setiap Bulan Kepada Yang Layak

Bantuan Anak Pelihara JKM 2023 telah diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan. Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk

  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Bantuan Anak Pelihara JKM 2023 ini merupakan bantuan khusus yang diberikan sebagai tanda alat sokongan sosial, alat pemulihan dan bantuan kewangan sementara bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka yang layak dan memerlukan.

Isi Kandungan

Bantuan Anak Pelihara JKM 2023

Bantuan Anak Pelihara JKM 2023 ini pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara serta untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Bantuan Anak Pelihara JKM 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak adalah seperti ketetapan berikut:-

  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui
  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM

atau

  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Cara Permohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Seterusnya, disini admin sediakan borang-borang yang berkaitan dengan permohonan bantuan ini iaitu:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Pemohon boleh mengisi borang-borang tersebut dengan lengkap dan sahih untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah dalam proses permohonan.

Kadar Bantuan Anak Pelihara JKM 2023

  • Kadar Bantuan Anak Pelihara JKM 2023 yang ditetapkan adalah minimum RM250 sebulan seorang sehingga maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Maklumat Lanjut

Untuk info lebih lanjut berkenaan Belanjawan 2023, anda boleh melayari Portal Rasmi Kementerian Kewangan supaya anda mendapatkan info yang sahih dan tepat.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan.

Sebarang info lanjut dari Kerajaan sama-sama kita nantikan dan kami akan memberikan anda info penting dari masa ke semasa.

Seterusnya, maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Lokasi Pejabat JKM

Secara umumnya, pejabat JKM ada di setiap negeri bagi memudahkan proses dan pengurusan hal-hal sosial. Untuk mengenal pasti lokasi JKM, anda boleh melayari laman web ini. Di laman web Pejabat JKM Negeri, dan anda hanya perlu:

  1. Memasukkan nama, negeri dan daerah anda.
  2. Tekan butang “CARI”.
  3. Paparan skrin anda akan memaparkan lokasi dan arah ke pusat JKM berdasarkan lokasi yang anda letakkan.

Sebarkan Bantuan Anak Pelihara JKM 2023 Kepada Semua

Diharapkan agar perkongsian artikel Bantuan Anak Pelihara JKM 2023 ini memberi manfaat kepada mana-mana insan yang layak. Sebarkan maklumat bantuan ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga atau mana-mana masyarakat yang anda rasa layak. Beringatlah bahawa mereka juga sebahagian daripada kita, tetapi memerlukan lebih banyak sokongan.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini yang tepat dari kami di sini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More