Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RM1 Juta Bakul Rahmah KPDN Diberikan Kepada Yang Memerlukan

Bakul Rahmah KPDN berjumlah RM1 Juta akan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Pihak 99 Speedmart telah berbesar hati untuk menyumbangkan RM1 Juta bersamaan dengan 20,000 Bakul Rahmah yang berupa keperluan asas yang akan diagihkan kepada golongan sasar di seluruh negara secara berperingkat.

Kementerian menggerakkan Inisiatif Bakul Rahmah KPDN ini dengan kerjasama bersama Rakan Strategik, Pemain Industri (pasar raya), Agensi Kerajaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Isi Kandungan

Bakul Rahmah KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah melancarkan Inisiatif Bakul Rahmah KPDN melalui Program Payung Rahmah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian pada awal tahun lalu bagi membantu kumpulan miskin tegar B40 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dalam mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan tersebut.

Bakul Rahmah KPDN

Pengagihan Bakul Rahmah ini akan dilaksanakan bersama Rakan Strategik Utama Kementerian, Yayasan Rahmah Malaysia.

KPDN amat berbesar hati untuk menerima sumbangan berbentuk makanan harian daripada semua pihak untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar.

Bakul Rahmah KPDN

Sebanyak 12,000 Bakul Rahmah telahpun diagihkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan 2023 ini.

Sehingga kini, Inisiatif Bakul Rahmah KPDN telah berjaya memanfaatkan seramai lebih daripada 34,000 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Kerjasama ini telah dijalankan secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Rakan Strategik Kementerian yang sentiasa menyokong inisiatif Kementerian dari masa ke masa.

Kementerian berharap lebih ramai pihak industri, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan supaya dapat bersama-sama Kementerian dalam menggembleng tenaga dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar dan seterusnya menjayakan Inisiatif Bakul Rahmah KPDN ini.

Kementerian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang giat aktif membantu Kementerian dalam membantu golongan bersasar.

KPDN juga amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

Bakul Rahmah KPDN

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Program Food Bank Malaysia di talian hotline 03-88825860/6960 atau melalui e-mel kepada [email protected].

Semoga info dan perkongsian tentang inisiatif Bakul Rahmah KPDN kepada mereka yang layak ini dapat membantu anda yang memerlukan. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More