Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023

Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan melalui kementerian ekonomi untuk membasmi golongan miskin tegar.

Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), kerajaan menyasarkan peserta IPR mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Kerajaan telah menetapkan sasaran 100,000 penerima mendapat manfaat daripada Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023.

Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Isi Kandungan

Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023

IPR memberi tumpuan kepada strategi serampang dua mata untuk meningkatkan pendapatan keluarga miskin dan golongan berpendapatan rendah (B40) yang teruk dan pada masa yang sama cuba menyelesaikan masalah ekonomi harian melalui inisiatif IPR ini.

IPR memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat melalui inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan pengendali perkhidmatan.

IPR juga akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pihak berkepentingan dan masyarakat setempat.

Senarai Bantuan Inisiatif Pendapatan Rakyat IPR 2023 adalah:

  1. Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
  2. Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
  3. Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

Program INTAN mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan kerana perlu menunggu sehingga sehingga hasil boleh dituai.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu berlaku.

Antara pihak yang terlibat dalam model INTAN adalah seperti berikut:

  1. Syarikat pertanian
  2. Rantaian peruncitan makanan
  3. Pengeksport
  4. Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  5. Koperasi

Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

Melalui INSAN, sertai menjana pendapatan dan membuat dengan mesin layan diri di mana anda dibekalkan dengan pelbagai kemudahan termasuk latihan perniagaan dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, premis perniagaan disediakan, bantuan promosi dan pemasaran dan lain-lain melalui koperasi.

Antara pihak yang terlibat dalam model INSAN adalah seperti berikut:

  1. Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  2. Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  3. Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  4. Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  5. Stesen-stesen LRT
  6. Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

Melalui IKHSAN, peserta boleh menjadi pengendali kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam atau pejabat dan mereka mendapat pendapatan daripada dua sumber, satu daripada kutipan harian orang ramai yang membayar untuk masuk ke tandas atau melengkapkan kemudahan lain.

Antara pihak yang terlibat dalam model IKHSAN adalah seperti berikut:

  1. Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  2. Premis-premis agensi kerajaan

Syarat Kelayakan Permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023

IPR akan memfokuskan kepada golongan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar

Cara Memohon Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023

Kepada anda yang berminat untuk memohon dan mendaftar program Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023 ini, sila ikut langkah seperti yang diterangkan di bawah ini:

  1. Layari laman sesawang Inisiatif Pendapatan Rakyat untuk membuat pendaftaran dan permohonan
  2. Lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu
  3. Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda
  4. Log masuk akaun anda
  5. Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang perlu dilengkapkan

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023 ini, anda boleh layari laman web Portal Rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat atau berhubung terus dengan Kementerian Ekonomi di alamat

Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya

Semoga perkongsian tentang bantuan ini dapat membantu anda yang memerlukan. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More