Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SPMU 2025: Tarikh & Jadual Waktu Peperiksaan Rasmi

Berikut dikongsikan info terkini mengenai peperiksaan SPMU 2025 untuk makluman dan rujukan utama semua calon-calon SPM, ibu bapa dan guru-guru.

Isi Kandungan

Pelaksanaan Peperiksaan SPMU 2025

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) merupakan sebuah ujian ulangan bagi pelajar yang pernah menduduki peperiksaan SPM sahaja bagi memberi peluang kepada mereka mendapatkan keputusan yang lebih baik berbanding keputusan terdahulu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan SPMU 2025 akan dilaksanakan pada 15, 16 dan 17 Julai 2025 melibatkan tiga (3) mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Seramai 10,049 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2025 di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut, seramai 1,454 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu serta 1,202 petugas peperiksaan untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

KPM mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU 2025 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Calon turut diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun DISINI.

Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPMU 2025.

SPMU 2025: Tarikh & Jadual Waktu Peperiksaan Rasmi 1

Jadual Waktu SPMU 2025

Jadual waktu peperiksaan SPMU 2025 yang lengkap dan rasmi telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) seperti ketetapan berikut:

TarikhWaktu PeperiksaanKod KertasNama Kertas
15 Julai 2025 (Selasa)9.00 pagi – 9.30 pagi (30 minit)1103/4Bahasa Melayu Kertas 4 (Ujian Mendengar)
15 Julai 2025 (Selasa)10.30 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam)1103/1Bahasa Melayu Kertas 1
15 Julai 2025 (Selasa)2.15 petang – 4.45 petang (2 jam 30 minit)1103/2Bahasa Melayu Kertas 2
16 Julai 2025 (Rabu)8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam)1249/1Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1
16 Julai 2025 (Rabu)10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit)1249/2Sejarah Kertas 2
16 Julai 2025 (Rabu)Sila Rujuk Jadual Ujian Bertutur Yang Lebih Terperinci Dibawah1103/3Bahasa Melayu Kertas 3 (Ujian Bertutur)
17 Julai 2025 (Khamis)8.00 pagi – 9.30 pagi (1 jam 30 minit)1449/1Matematik (Aneka Pilihan) Kertas 1
17 Julai 2025 (Khamis)10.30 pagi – 1.00 tengah hari (2 jam 30 minit)1449/2Matematik Kertas 2
17 Julai 2025 (Khamis)Sila Rujuk Jadual Ujian Bertutur Yang Lebih Terperinci Dibawah1103/3Bahasa Melayu Kertas 3 (Ujian Bertutur)

Jadual waktu ujian bertutur Bahasa Melayu Kertas 3 pada 16 Julai 2025 dan 17 Julai 2025 adalah seperti ketetapan berikut:

Aktiviti Calon / Petugas (Tempat)Sidang 1Sidang 2Sidang 3
Taklimat Ringkas oleh Ketua Pentaksir Pusat Ujian (Bilik Menunggu)7.50 pagi – 7.55 pagi10.50 pagi – 10.55 pagi2.20 petang – 2.25 petang
Ujian Mula – Ujian Bertutur Individu [Calon 1 – 4] (Bilik Ujian)8.00 pagi – 8.20 pagi11.00 pagi – 11.20 pagi2.30 petang – 2.50 petang
Persediaan bagi Ujian Bertutur Kumpulan [Calon 1 – 4] (Bilik Kuarantin)8.20 pagi – 8.30 pagi11.20 pagi – 11.30 pagi2.50 petang – 3.00 petang
Ujian Mula – Ujian Bertutur Kumpulan [Calon 1 – 4] (Bilik Ujian)8.35 pagi – 8.50 pagi11.35 pagi – 11.50 pagi3.05 petang – 3.20 petang
Ujian Mula – Ujian Bertutur Individu [Calon 5 – 8] (Bilik Ujian)8.50 pagi – 9.10 pagi11.50 pagi – 12.10 tengah hari3.20 petang – 3.40 petang
Persediaan bagi Ujian Bertutur Kumpulan [Calon 5 – 8] (Bilik Kuarantin)9.10 pagi – 9.20 pagi12.10 tengah hari – 12.20 tengah hari3.40 petang – 3.50 petang
Ujian Mula – Ujian Bertutur Kumpulan [Calon 5 – 8] (Bilik Ujian)9.25 pagi – 9.40 pagi12.25 tengah hari – 12.40 tengah hari3.55 petang – 4.10 petang

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu semua calon untuk membuat persediaan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai SPMU 2025 ini, sila hubungi talian Jabatan Pendidikan Negeri melalui nombor-nombor berikut:

SPMU 2025: Tarikh & Jadual Waktu Peperiksaan Rasmi 2

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Selamat menjalani peperiksaan SPMU bagi tahun 2025 kepada semua calon-calon yang terlibat dan semoga berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More