Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan MRSM 2026 Bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut adalah info penuh mengenai Permohonan MRSM 2026 bagi Tingkatan 1 & 4 yang kini sedang dibuka sehingga 7 September 2025.

Isi Kandungan

Mengenai Permohonan MRSM 2026

Maktab Rendah Sains MARA (MARA) menyediakan sistem pendidikan yang beteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa dan penjaga kini boleh membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2026 bagi Tingkatan 1 & 4 secara dalam talian (online) bermula 1 Ogos 2025 hingga 7 September 2025.

Permohonan MRSM 2026 Bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4 1
Permohonan MRSM 2026

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat am dan kelayakan Permohonan MRSM 2026 adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan / atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon dari sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  4. Calon dari sekolah swasta tidak berdaftar KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  5. Calon yang melepasi skor merit minimum PKSK / UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA.
  6. Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih.
  7. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  8. Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026.
  9. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  10. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Untuk dapatkan maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang telah disediakan.

Cara Membuat Permohonan

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat Permohonan MRSM 2026 bagi calon yang berminat, iaitu:

  • Anda boleh ke laman web rasmi MARA pada pautan berikut:

>>>Permohonan MRSM 2026<<<

  • Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya DISINI.
  • Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  • Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  • Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  • Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  • Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  • Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (/) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan ibu bapa / penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  • Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  • Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

Pemohon perlu mengisi keputusan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.

Pemohon perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan MRSM 2026 ini, sila rujuk Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat atau terus hubungi Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03 – 261 34185 / 34198 / 34202 / 34206 / 34214 (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More