Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas 2026 Tingkatan 1 & 4

Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas 2026 kini dibuka untuk semua bakal murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Info Terkini KPM: Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Pendidikan Khas
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas bagi murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2026 kini dibuka dan telah dihebahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas 2026 ini kini dibuka mulai 1 Ogos 2025 hingga 29 September 2025 secara atas talian.

Senarai Kursus
Kursus yang ditawarkan adalah untuk Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas 2026 adalah di
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK),
- Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), dan
- Kolej Vokasional Keningau.
Senarai penuh kursus yang ditawarkan boleh lihat DISINI dan maklumat terperinci mengenai kursus yang ditawarkan boleh lihat DISINI.
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dibawah untuk membuat Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas 2026, iaitu:
- Calon ialah warganegara Malaysia.
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
- Mempunyai surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan Kerajaan / Swasta; atau
- Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan permohonan Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK).
- Calon mestilah sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan lain-lain penyakit) yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
- Berkeupayaan mengurus diri.
- Tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat pada laporan murid daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan laporan kehadiran melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
- Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
- Berumur antara 12 tahun hingga 14 tahun semasa membuat permohonan, bagi permohonan ke Tingkatan 1.
- Berumur antara 15 tahun hingga 18 tahun semasa membuat permohonan, bagi permohonan ke Tingkatan 4.
Cara Membuat Permohonan
Pemohon yang ingin membuat Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas 2026 ini boleh memohon pada Sistem ePKHAS melalui pautan di bawah:
>>>Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2026<<<
Sistem ePKHAS hanya untuk Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas atau permohonan penempatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ke SMKPK / SMPKV / KV KENINGAU.
Permohonan penempatan MBPK ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) boleh dikemukakan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas 2026 ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!




