Hari Krismas 2025: Cuti Umum Semua Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan mengenai Hari Krismas 2025 yang akan datang tidak lama lagi untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu Krismas?
Krismas adalah cuti yang memperingati kelahiran Yesus Kristus, tokoh utama dalam agama Kristian dan ia adalah masa untuk perayaan keagamaan, perhimpunan keluarga, penyampaian hadiah dan hiasan perayaan, dengan tradisi yang berbeza-beza merentas budaya.
Walaupun berakar umbi dalam tradisi Kristian, Krismas juga telah menjadi cuti budaya yang disambut secara meluas.
Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh kira-kira 2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia.
Tarikh 25 Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ.
Perkataan “Krismas” berasal dari istilah Yunani iaitu “Mass Kristus” yang membawa maksud Perayaan bagi al-Masih.
Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud berabad-abad sebelum Isa dilahirkan tetapi tidak pernah didoktrin dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa.

Sambutan Krismas Di Seluruh Negara
Di seluruh dunia, sambutan Krismas diraikan dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara.
Tradisi biasa ialah pertukaran hadiah, selalunya dengan keluarga dan rakan-rakan. Hiasan seperti pokok Krismas, lampu dan stoking juga popular, mewujudkan suasana perayaan.
Tradisi Krismas berbeza-beza, tetapi selalunya termasuk hidangan istimewa (seperti ayam belanda), menyanyikan lagu-lagu dan menikmati hidangan percutian seperti gula-gula rotan dan biskut roti halia.
Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.
Tokoh popular yang dikaitkan dengan Krismas ialah Santa Claus, yang dikatakan membawa hadiah kepada kanak-kanak pada malam Krismas.
Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa.
Cuti Umum Sempena Hari Krismas 2025
Hari Krismas 2025 adalah jatuh pada hari Khamis, bersamaan 25 September 2025 dan ia merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi semua negeri di Malaysia, iaitu
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Wilayah Persekutuan Labuan.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Johor.
- Kedah.
- Kelantan.
- Melaka.
- Negeri Sembilan.
- Pahang.
- Perak.
- Perlis.
- Pulau Pinang.
- Sabah.
- Sarawak.
- Selangor.
- Terengganu.

Semoga perkongsian mengenai Hari Krismas 2025 ini bermanfaat dan Merry Christmas kepada semua yang akan menyambutnya!




