Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Roket Dari China : Adakah Malaysia Terima Ancaman Roket?

Roket dari China gagal dikawal. Sebuah roket yang dilancarkan oleh China, dilaporkan gagal dikawal dan dijangka terhempas ke Bumi pada hujung minggu ini.

Menerusi laporan The Washington Post, Long March 5B yang dilancarkan pada Khamis lalu sepatutnya sudah melakukan pendaratan di Bumi. Namun, pegawai agensi angkasa lepas China dikatakan hilang kawalan terhadap roket tersebut.

Serpihan Roket Dari China Dibimbangi Jatuh ke Bumi

Serpihan angkasa lepas bersaiz besar dengan berat mencecah sehingga beberapa tan diramal terhempas ke Bumi dalam beberapa hari.

roket dari china

Menurut pandangan beberapa pakar, mereka bimbang mengenai serpihan kapal angkasa tersebut seandainya terjatuh di kawasan penempatan penduduk. Jelas seorang ahli astronomi, roket tersebut melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.

Ini petanda yang tidak baik. Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast. Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera.

Oleh itu, serpihan daripada roket seberat 21 tan itu boleh jatuh di mana-mana sahaja dalam lingkungan kawasan terbabit. Berdasarkan pengesan satelit, roket itu bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat.

Buat pengetahuan anda, roket dari China ini adalah Roket Long March 5B yang dilancarkan pada minggu lalu dan dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China. Beijing juga telah merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya 10 misi yang sama dan membawa lebih banyak modul sebelum stesen angkasa lepas Tiangong siap dibina pada tahun depan.

Sumber: The Washington Post

Artikel lain : 7 Tips Kewangan Dari Jutawan Timur Tengah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More