Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Aktiviti Perniagaan Warga Asing Di Tapak Parkir Pasar Borong KL

Isi Kandungan

Tiada Sebarang Aktiviti Perniagaan Warga Asing Di Tapak Parkir Pasar Borong KL

Menurut kenyataan media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):

Merujuk kepada laporan pada 18 April 2020 berkenaan sekumpulan warga asing yang dilihat bebas berniaga di kawasan parkir Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).

Aktiviti Perniagaan Warga Asing Di Tapak Parkir Pasar Borong KL 1

DBKL ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan warga asing di kawasan parkir PBKL dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang disiarkan. Warga asing tersebut merupakan pekerja yang sedang menjalankan aktiviti pemunggahan barang untuk di bawa ke premis perniagaan di PBKL.

DBKL menjalankan pemantauan dan operasi di kawsan tersebut pada setiap hari nagi memastikan tiada aktiviti jual beli yang melibatkan warga asing dilakukan.

SUMBER:

sebenarnyadotmy

Aktiviti Perniagaan
Aktiviti Perniagaan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan laporan akhbar yang mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membiarkan sekumpulan warga asing bebas berniaga di kawasan parkir Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan tiada sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan warga asing di kawasan parkir pasar berkenaan sepanjang tempoh PKP seperti disiarkan akhbar berkenaan.

Menurut kenyataan itu, warga asing dalam gambar yang dipaparkan akhbar tersebut merupakan pekerja yang sedang menjalankan aktiviti pemunggahan barang untuk dibawa ke premis perniagaan di pasar borong.

“DBKL menjelaskan bahawa tiada sebarang aktiviti perniagaan melibatkan warga asing kawasan parkir PBKL.

“DBKL menjalankan pemantauan dan operasi di kawasan tersebut pada setiap hari bagi memastikan tiada aktiviti jual beli melibatkan warga asing,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, akhbar berkenaan melaporkan tempat tumpuan peniaga pasar malam tempatan menyisih sayur di situ kini dikuasai warga asing.

Laporan itu mendakwa pekerja warga asing berkenaan dipercayai mengambil kesempatan menguasai tempat tersebut kerana sepanjang tempoh PKP bermula, peniaga pasar malam dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi.

kredit: SINARHARIAN

Aktiviti Perniagaan Warga Asing Di Tapak Parkir Pasar Borong KL 2

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More