Sumber Rujukan Globalisasi Anda

15 Amalan Penjimatan Elektrik Ketika Cuaca Panas Telah Dikongsikan Oleh TNB

Amalan Penjimatan Elektrik Ketika Cuaca Panas perlu dipraktikkan oleh semua manusia supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kebakaran atau litar pintas.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan kepada semua pengguna untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah dalam situasi negara yang sedang berhadapan dengan peningkatan suhu panas dan jerebu susulan cuaca kering ketika ini.

TNB dalam kenyataan Bernama pada 1 Mei 2023 memaklumkan penggunaan elektrik mungkin meningkat akibat cuaca panas selain daripada penggunaan untuk perayaan Aidilfitri.

Isi Kandungan

Amalan Penjimatan Elektrik Ketika Cuaca Panas

TNB berkongsi Amalan Penjimatan Elektrik Ketika Cuaca Panas yang mudah dilakukan di kediaman, umpamanya pengguna digalakkan mematikan penyaman udara, kipas dan lampu di dalam bilik yang kosong serta tutup suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya.

Menurut kenyataan itu, TNB menyarankan kepada kita semua supaya ketika cuaca panas terik,

  • tutupkan tingkap dengan langsir yang tebal supaya haba tidak masuk;
  • tidak meninggalkan barangan elektrik di dalam mod sedia;
  • gunakan lampu mentol LED yang tahan lebih lama serta lebih jimat tenaga;
  • gosok pakaian dalam jumlah yang banyak pada suatu masa; dan
  • memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga.

TNB juga menasihatkan pengguna untuk menghidupkan kipas di bilik tidur pada waktu malam bagi membantu pengedaran udara selain menetapkan masa untuk pendingin hawa dimatikan serta kerap menyenggara pendingin hawa supaya ia beroperasi pada tahap optimum.

Di dapur, elakkan meletak peti sejuk di tempat yang terdedah kepada pancaran terus cahaya matahari atau berhampiran dengan dapur memasak serta susun barang-barang di dalam peti sejuk dengan sekurang-kurangnya dua pertiga kapasiti ruangan peti sejuk untuk membiarkan ruang pengedaran udara sejuk.

Gunakan ketuhar gelombang mikro yang menggunakan tenaga yang rendah kerana ia boleh menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 10 hingga 25 peratus dan tekan suis pemanas air hanya apabila ingin digunakan dan tutup sejurus selesai.

TNB turut menyarankan Amalan Penjimatan Elektrik Ketika Cuaca Panas kepada pengguna yang membasuh pakaian menggunakan mesin basuh supaya membasuh dengan muatan penuh serta menjemur pakaian dengan sinaran matahari berbanding menggunakan mesin pengering.

Bagi bilik air, elakkan suis alat pemanas air terbuka tanpa digunakan, malah mandi air sejuk tanpa menggunakan pemanas air akan membuatkan badan akan terasa lebih segar.

Amalan Penjimatan Elektrik Ketika Cuaca Panas

Untuk memantau penggunaan elektrik secara langsung, pengguna juga digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan meter pintar sekiranya sudah siap dipasang, sama ada dengan myTNB portal atau aplikasi myTNB.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat berkaitan Amalan Penjimatan Elektrik Ketika Cuaca Panas ini, anda juga boleh layari HOME ENERGY SAVINGS TIPS TNB untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik dengan bijak.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di beberapa kawasan dengan suhu boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah celsius.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More