Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Amerika Syarikat dan Rusia ingin menjadi negara pertama buat filem di Angkasa

Isi Kandungan

Menjalankan penggambaran di beberapa negara di dunia sudah menjadi perkara biasa. Apa yang tidak biasa adalah membuat filem di angkasa. Itulah yang bakal menjadi sasaran dua negara besar dunia, Amerika Syarikat dan Rusia.

Science Times dalam laporan yang dikeluarkan olehnya menyatakan bahawa penggambaran filem di ruang angkasa kini menjadi misi penting buat dua negara terbabit. Semua ini bermula apabila NASA mengumumkan tahun lalu bahawa organisasi terbabit akan membuat filem dengan Tom Cruise di ruang angkasa.

Difahamkan bahawa filem terbabit tidak akan menggunakan kesan komputer dan keseluruhan penggambaran akan dilakukan di ruang angkasa. NASA turut melantik pengarah Doug Liman yang pernah mengarah filem Edge of Tomorrow atau American Made untuk menjayakan filem ini.

Tetapi, apa yang menjadi masalah kini adalah proses penggambarannya masih belum dijalankan. Tidak pasti adakah NASA menghadapi kekangan atau sebaliknya. Namun ia adalah peluang yang baik untuk agensi angkasa Rusia, Roscosmos untuk cuba memintas idea NASA.

Dilaporkan oleh NBC News, Roscosmos bakal melakukan penggambaran filem di ruang angkasa. Filem ini akan diarahkan oleh pengarah muda Klim Shepenko dan pelakon terkenal Rusia iaitu Yulia Peresild.

Namun cubaan Rusia untuk memintas Amerika sebagai negara pertama yang menjalankan penggambaran di ruang angkasa mungkin tidak akan menjadi kenyataan disebabkan proses penggambaran terbabit belum bermula dan akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali kedua-dua negara berebut untuk menjadi yang pertama dalam semua hal ruang angkasa. Sebelum ini kedua-dua negara pernah merancang untuk menghantar manusia pertama ke angkasa dan ia berjaya dilakukan oleh Rusia.

Selepas itu, Amerika Syarikat memintas Rusia sebagai negara pertama yang berjaya menghantar angkasawan ke Bulan. Kini persaingan timbul lagi di mana kedua-duanya mahu menjadi negara pertama yang berjaya membuat filem di angkasa.

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More