Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ANGKASAWAN NEGARA PENGHANTAR MAKANAN

Tidak hanya pintar, angkasawan negara kesayangan ramai itu rupanya seorang usahawan. Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak kekok menjadi penghantar makanan kepada pelanggan yang memesan makanan di restoran miliknya.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, sejak restoran yang diusahakan bersama cef selebriti terkemuka, Datuk Ismail Ahmad itu dibuka minggu lalu, beliau memutuskan untuk menghantar makanan secara peribadi kepada pelanggan.

ANGKASAWAN NEGARA PENGHANTAR MAKANAN 1

“Kami mula buka semula (restoran) minggu lalu semasa Perintah) Kawalan Pergerakan (PKP) dan saya secara peribadi, mahu turut serta menghantar makanan.

“Memang best,” tulisnya di Instagram miliknya semalam.

Dalam posting berkenaan, beliau turut memuat naik gambarnya tersenyum di atas motosikal sambil membawa beg penghantaran makanan berwarna jingga.

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga berkongsi bahawa beliau adalah salah seorang pemilik restoran Rebung Cef Ismail bersama Cef Ismail.

ANGKASAWAN NEGARA HANTAR MAKANAN

Restoran Rebung merupakan restoran terkenal di Kuala Lumpur yang menyediakan masakan Melayu asli.

Mengimbau kembali detik pembukaan restoran itu, Dr Sheikh Muszaphar pernah pergi ke Pasar Borong Selayang pada jam 4 pagi untuk membeli makanan laut segar setiap hari selama enam bulan pertama semasa kami memulakan perniagaan.

Beliau jugalah yang menghantar lemang, rendang dan dodol sewaktu pagi Raya selama 2 tahun berturut-turut. Kini, restoran kesayangannya itu sudah pun berdiri kukuh dan mendapat pelbagai anugerah.

Kini, Dr Muszaphar kembali lagi menjadi rider untuk menghantar makanan yang ditempah di depan pintu rumah anda semua. Ramai yang teruja dengan berita itu dan ada yang minta makanan itu dihantar sendiri oleh angkasawan kita!

Sementara itu, para peminatnya turut berkongsi kegembiraan dan keenakannya hidangan di restoran tersebut.

ANGKASAWAN NEGARA PENGHANTAR MAKANAN 2
ANGKASAWAN

Kata Suziana, “Minggu lalu rakan sekerja belanja makan lauk daging masak cili api. Pertama kali makan, memang sedap!”

Selepas ini pasti ramai yang mahu pesan makanan yang dihantar oleh angkasawan negara ini. Mereka yang menjadi rider adalah hero kita terutama nak masuk bulan puasa ini. Jadi, kalau nak berbuka itu, pastikan anda tempah makanan awal-awal supaya rider kita sempat hantar makanan dan mereka pun ada waktu nak berbuka puasa dengan tenang.

Terima kasih rider seluruh Malaysia! Sebab anda, kami tak kebulur sepanjang PKP ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More