Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Anugerah Biasiswa MRC 2023

Anugerah Biasiswa MRC 2023 ini adalah sebuah tawaran biasiswa daripada Majlis Getah Malaysia (MRC) untuk pelajar yang berkelayakan.

Permohonan Anugerah Biasiswa MRC 2023 yang kini dibuka adalah buat pelajar yang cemerlang dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Isi Kandungan

Anugerah Biasiswa MRC 2023

Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) adalah skim bantuan pelajaran untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah.

Anugerah Biasiswa MRC ini diberikan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), serta pengajian sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di Malaysia.

Bagi penerima Anugerah Biasiswa MRC, mereka akan menerima bantuan-bantuan berikut:

  • Yuran Tuisyen.
  • Elaun Sara Hidup.
  • Peluang Internship.
  • Peluang Pekerjaan Dengan Industri Selepas Tamat Pengajian.

Terbuka kepada lepasan pra-universiti dan pelajar yang menjalani sarjana muda sepenuh masa dengan melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang berikut:

  1. Kejuruteraan dalam Kimia / Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Alam Sekitar / Perindustrian / Bahan / Tenaga / Mekatronik / Robotik
  2. Sains / Pengurusan Alam Sekitar
  3. Logistik & Rantaian Bekalan
  4. Sains & Teknologi Polimer
  5. Pengajian Perniagaan / Pemasaran / Ekonomi
  6. Perakaunan / Analisis Statistik
  7. Teknologi Maklumat (IT) / Sains Komputer / Kejuruteraan Sistem Komputer
  8. Sains Data & Analitis

Anugerah Biasiswa MRC 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Anugerah Biasiswa MRC 2023

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Mesti warganegara Malaysia dan Pelajar Sepenuh Masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan.
  2. Keputusan cemerlang dalam SPM dan Pra-Universiti (STPM / Matrikulasi / Asasi / A-level atau setaraf).
  3. Telah ditempatkan atau sedang mengikuti program pengajian sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA / IPTS.
  4. Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain.
  5. Mampu menyediakan dua penjamin yang boleh dipercayai.
  6. Pelajar dengan ibu bapa / penjaga dari industri getah digalakkan untuk memohon.

Cara Membuat Permohonan Anugerah Biasiswa MRC 2023

  • Permohonan Anugerah Biasiswa MRC 2023 kini dibuka bermula 15 September 2023 hingga 14 Oktober 2023 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut

>>>Permohonan Anugerah Biasiswa MRC 2023<<<

  • Hantar permohonan lengkap anda dengan semua dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan Anugerah Biasiswa MRC 2023 ini, sila layari laman web rasmi Malaysian Rubber Council (MRC) kerana semua maklumat lanjut permohonan adalah melalui portal rasmi itu sahaja.

Malaysian Rubber Council (MRC)
Unit No. 36-02, Level 36, Q Sentral
2A Jalan Stesen Sentral 2, Kl Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Mr Adrian Sibuan / Ms Nur Lina Mohd Hadzran
Tel: (603) 2782 2100
Email: [email protected]

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More