Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2025 Kini Dibuka

Berikut adalah info mengenai pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2025 yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Mengenai Anugerah Saintis Muda Negara 2025

Anugerah Saintis Muda Negara adalah anugerah tahunan yang menghargai kecemerlangan saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) STI.

Diperkenalkan pada tahun 1985, Anugerah Saintis Muda Negara telah menjadi platform penting dalam menyerlahkan potensi dan kreativiti saintis muda tanah air.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan bahawa anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai saintis muda yang cemerlang dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi.

Pada tahun 2024, sebanyak lima (5) kategori baharu Anugerah Saintis Muda Negara telah diperkenalkan dan sebanyak 45 pencalonan yang layak dinilai merangkumi

  • 2 dalam bidang Fizik,
  • 8 dalam bidang Kimia,
  • 8 dalam bidang Biologi,
  • 10 dalam bidang Perubatan, dan
  • 17 dalam bidang Kejuruteraan.

Pada tahun 2025, MOSTI telah menyemak semula kriteria pencalonan anugerah agar selaras dengan perubahan dan keperluan semasa serta menarik lebih ramai pencalonan daripada institusi penyelidikan / syarikat swasta yang melaksanakan R&D dalam bidang STI.

Setiap kategori anugerah akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 seorang, plak, sijil dan geran dana penyelidikan MOSTI sehingga RM 1 juta (tertakluk kepada terma dan syarat Jawatankuasa Dana MOSTI).

Inisiatif penganjuran dan pengiktirafan Anugerah Saintis Muda Negara ini merupakan antara langkah strategik dalam mempersiapkan negara menghadapi cabaran masa hadapan.

Anugerah Saintis Muda Negara ini memberi ruang untuk mengetengahkan hasil penyelidikan yang berpotensi tinggi dalam menyelesaikan isu dan keperluan kehidupan seharian rakyat.

Usaha ini juga memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia terus melahirkan saintis muda yang berdaya cipta, berinovasi serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2025 Kini Dibuka 1

Syarat Kelayakan

Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat umum penyertaan pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2025 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Pencalonan terbuka kepada saintis warganegara Malaysia di bawah umur 40 tahun pada tahun pertandingan.
  2. Calon perlu menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) di pusat penyelidikan dan institusi pengajian awam / swasta di Malaysia.
  3. Pencalonan perlu relevan dan mempunyai sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri, masyarakat atau negara.
  4. Calon juga perlu berketerampilan serta mempunyai daya kreativiti, inovasi dan kompetensi sebagai seorang penyelidik yang berkaliber.

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2025 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Terbuka kepada individu (saintis / penyelidik) warganegara Malaysia yang menjalankan projek kajian / penyelidikan di pusat penyelidikan awam / swasta, syarikat, Institut Pengajian Tinggi awam / swasta atau organisasi awam / swasta di Malaysia.
  2. Pencalonan adalah berdasarkan kepada penyelidikan asli cemerlang dan menyumbang kepada kemajuan Sains & Teknologi, sosio-ekonomi dan perindustrian Negara.
  3. Hasil penyelidikan / proses / metadologi / produk yang dikemukakan mestilah telah diterbitkan / dihasilkan sebelum tarikh pencalonan.
  4. Mesti berdaftar di laman web kajian data R&D MOSTI di KRSTE.my.

Cara Pendaftaran

Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2025 kini dibuka sehingga 29 Ogos 2025 dan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut:

>>>Borang Pendaftaran Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2025<<<

Setiap penyertaan mestilah dihantar pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Penyerahan selepas tarikh tutup yang ditetapkan akan ditolak secara automatik.

Pencalonan berhak untuk ditolak sekiranya tidak memenuhi syarat umum dan khusus bagi kategori anugerah yang dicalonkan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  tidak akan bertanggungjawab atas sebarang perbelanjaan, kerosakan dan kehilangan dokumen penyertaan sebelum, semasa atau selepas penyertaan.

Segala keputusan yang dibuat oleh panel hakim adalah muktamad.

Saintis muda yang layak digalakkan untuk mencalonkan diri atau dicalonkan oleh institusi masing-masing mengikut kriteria yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2025, sila rujuk laman web MOSTI.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More