Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu Paypal? Cara Daftar Dan Cara Guna Paypal

Apa itu paypal? Anda pernah dengar bukan? Tapi tahukah anda apa kegunaannya? Paypal adalah satu perkhidmatan yang menguruskan transaksi pembayaran atau perpindahan wang , pembelian serta simpanan secara digital melalui talian internet (online) dalam nilai USD.

Paypal akan menjadi umpama sebuah bank maya anda. Wang tersebut boleh dibiarkan di situ atau boleh di pindahkan (transfer) terus ke dalam akaun bank simpanan anda pada bila-bila masa. Selain dari itu anda juga boleh menggunakan wang di dalam Paypal tersebut untuk membayar atau membeli secara online.

Paypal Memudahkan Urusan Transaksi

Perlukah untuk anda mempunyai akaun Paypal? Jika anda seorang yang mempunyai transaksi secara online terutama melibatkan syarikat atau perkhidmatan luar negara, Paypal adalah perkhidmatan yang paling selamat dan mudah kerana ia menerima segala nilai matawang dunia dan diterima oleh semua bank di dalam atau luar negara.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk tukar nilai mata wang kerana ianya akan di tukar terus kepada nilai mata wang kita apabila transaksi ke akaun simpanan dilakukan. Begitu juga urusan sebaliknya. Semua transaksi secara online dilakukan dalam tempoh 2~3 hari bekerja.
apa itu paypal
Paparan untuk pendaftaran Paypal.
Begitu juga dengan urusan pembelian secara online dengan syarikat, kedai atau perkhidmatan luar negara. Ianya amat mudah kerana semua transaksi terus dalam nilai mata wang yang diperlukan. Malah sesetengah pembelian akan mendapat diskaun menarik jika menggunakan transaksi melalui Paypal ini!

Kegunaan PayPal Untuk Pembeli

  • Boleh melakukan pembayaran ke luar negara dengan lebih mudah
  • Lebih cepat ketika melakukan pembayaran
  • Boleh menerima pembayaran dalam bentuk mata wang asing dari luar negeri
  • Sumber pembayaran boleh menggunakan kad debit dan kredit.

Kegunaan PayPal Untuk Penjual

  • Cara yang terbaik untuk menerima pembayaran daripada pelanggan yang menggunakan mata wang yang berlainan
  • Tidak perlu pengesahan dari bank (biasanya perlukan masa untuk disahkan) ketika proses pembayaran.

Cara Membuat Akaun PayPal

  1. Anda hanya perlu mendaftar akaun melalui website Paypal klik disini.
  2. Pilih akaun peribadi atau bisnes.
  3. Isi maklumat peribadi anda.
  4. Isi maklumat bank debit atau kredit anda.
  5. Sahkan akaun paypal anda.

Paypal Terjamin Dan Selamat

Paypal telah wujud sejak tahun 1998 dan merupakan syarikat transaksi kewangan internet terbesar di dunia. Jangan risau kerana perkhidmatan ini diperakui sah dan diluluskan oleh Bank Negara.
apa itu paypal
Paypal melindungi transaksi anda ketika membeli online.
Jaminan tahap keselamatannya sama seperti anda menggunakan perkhidmatan bank online yang lain, dijamin selamat! Kesemua bank utama negara juga menerima transaksi Paypal. Malah Paypal Malaysia juga diwujudkan bagi menjaga, menyelia, memberi perkhidmatan dan maklum balas kepada pemegang akaun di negara ini.

Cara Menggunakan PayPal

Seperti halnya alat pembayaran digital pada umumnya, cara transaksi online menggunakan PayPal hanya memerlukan username dan password login ketika checkout. Anda tidak akan diminta untuk memasukkan nombor kad kredit atau info privasi lain.

  • Deposit Duit

Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Paypal, anda perlu depositkan duit ke dalamnya terlebih dahulu. Klik pada link yang tertera “Add Money.” Sahkan maklumat. Paypal akan meminta anda memberikan sedikit maklumat sebelum membenarkan anda deposit duit. Berikan maklumat tersebut dan klik pada butang “Submit.”

  • Keluarkan Duit

Jika anda ada menerima transaksi ke dalam akaun Paypal, anda boleh mengeluarkannya dengan pergi ke laman utama, dan klik pada link yang tertera “Withdraw”. Sahkan maklumat. Setiap deposit duit, anda perlu memberikan maklumat asas, termasuklah jumlah pengeluaran.

Kemudian, kaedah pengeluaran. Paypal ada menyediakan beberapa pilihan dalam pengeluaran duitnya. Antaranya adalah:

i. Bank Transfer. Anda boleh pindahkan duit yang anda ada di dalam paypal terus ke dalam bank akaun anda. Ia mengambil masa antara 3-7 hari. Percuma sahaja.

ii. Chek. Ia mengambil masa 10 hari untuk menerimanya dan dikenakan kos. Mata wang mungkin dalam USD, pastikan anda periksa butiran kaedah pengeluaran ini terlebih dahulu sebelum mencuba.

iii. Debit Kad Paypal. Anda boleh menggunakan duit yang anda ada di dalam Paypal dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit. Anda perlu memintanya terlebih dahulu. kad tidak diberikan secara default semasa mendaftar akaun.

  • Hantar dan Meminta Duit

Terdapat banyak merchant yang menggunakan Paypal, dan mereka boleh menetapkan banyak cara untuk menghantar dan meminta duit. Bagi pengguna yang biasa-biasa sahaja, berikut adalah cara untuk anda menghantar atau meminta duit.

Anda boleh ke laman berkaitan dengan mencari tab yang tertera “Send money” dan “Request money.” Pilih apa yang anda mahu.

Hantar Duit. Anda boleh pilih kepada siapa yang anda ingin hantarkan. Biasanya dari akaun ke akaun Paypal juga. Masukkan alamat emel penerima dan nilai yang anda mahu hantar. Kemudian klik pada butang yang berkaitan untuk sahkan transaksi.

Meminta Duit. Anda boleh lakukan ini dengan menghantar invois ataupun memintanya dengan cara yang tidak formal. Invois akan disediakan oleh Paypal. Mungkin ada kos di sebalik transaksi ini, pastikan anda memeriksanya sebelum menggunakannya.

Kesimpulan

Walaupun tidak ramai pengguna Paypal di Malaysia tidak bermakna anda tidak boleh menggunakannya. Sebagai satu platform transaksi terbesar di dunia, amatlah rugi jika kita mencubanya, malah ianya percuma (bergantung kepada jenis akaun). Selain membantu, Paypal juga menjamin transaksi kita tidak digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai pengguna internet yang banyak transaksi online, saya amat menggalakkan anda mendapatkan akaun Paypal. Moga bermanfaat untuk anda semua.

Artikel Berkaitan : Cara Kira Dividen ASB

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More