Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Maksud Ghostwriter

Isi Kandungan

Apa Itu Ghostwriter? 

Korang pernah dengar perkataan ‘Ghostwriter’? Adakah ianya seorang penulis cerita hantu, seram?

Dulu,

Sebelum penulis(saya) kenal apa itu blog dan laman web, bila dengar atau terbaca tentang Ghost writer dicari, memerlukan seorang ghost writer dan ada banyak ayat lagi mencari si ghostwriter. Saya sangka si pencari ghost writer itu sedang mencari seorang penulis yang mahir menulis kisah seram atau tentang hantu.

Ghostwriter
Apa Maksud Ghostwriter 2

Rupanya, bila sudah tahu makna dan tugas sebenar ghost writer barulah panjang ‘oooooo’ penulis (saya). Ini bila penulis sudah menjadi seorang blogger, maka serba sedikit tahulah tentang GHOST WRITER, beberapa tips penulisan, apa yang boleh dan tidak boleh, apa yang jangan dibuat dan perlu dibuat untuk menulis sebuah artike

Secara tidak langsung, penulis sendiri sedang cuba mendekati dan mencuba bidang Ghost writer ini. Jika sebelum ini hanya menulis artikel review diblog sendiri, kita cuba pula untuk bekerja dengan menulis untuk pihak tertentu yang memerlukan.

Jadi, untuk anda semua yang tidak tahu apa sebenarnya Ghost writer itu, mari baca di sini. Tambahkan sedikit pengetahuan tentang Ghost writer.

Apa maksud Ghostwriter?

Ghostwriter atau penulis hantu merupakan seorang penulis yang diupah menulis bagi pihak orang lain. Tugasnya adalah menulis buku, rencana, artikel, blog, dan apa sahaja bentuk penulisan. Lazimnya penulis hantu tidak disebut namanya secara langsung dalam penulisannya dan ada sesetengah keadaan disebut sebagai penulis bersama atau co-author.

Industri ‘penulis hantu’ sedang menaik di Malaysia dan ramai penerbit yang mahukan perkhidmatan penulis hantu. Jadi ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda pada masa akan datang.

kredit : muazfaris

Bidang tugas ghostwriter sangat luas,bukan terhad kepada kerja kerja menulis artikel sahaja. Ghostwriter boleh menggunakan kemahiran menulis yang ada untuk melakukan kerja kerja seperti:

 
1. Menulis buku bagi pihak orang lain
2. Menulis terjemahan artikel atau buku daripada bahasa lain
3. Menyediakan kertas kerja
4. Menulis blog post
5. Menulis copywriting untuk FB Ads
6. Menyediakan konten untuk FB page
7. Menulis teks ucapan
8. Menulis skrip drama
9. Menyediakan penulisan teknikal seperti SOP organisasi, proposal , tender dan panduan pengguna
10. Menulis ebook atau panduan mudah
Dan baaaanyak lagi sebenarnya.
 

Sudah faham maksud sebenar GHOSTWRITER? anda rasa bidang ini menarik atau tidak? Mudah atau tidak? Jawapannya dari anda sendiri. Jika minat dan ditambahkan lagi ada kemahiran menulis, apa salahnya cuba ceburi bidang ini.

Apapun, artikel ini ditulis bukanlah untuk mengiklankan mana-mana pihak. Penulis hanya ingin berkongsikan info tentang Ghostwriter.

Semoga ianya dapat menambahkan pengetahuan anda.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More