Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Aplikasi Beli Barang Dapur Online Di Malaysia

Aplikasi Beli Barang Dapur Online Di Malaysia ini adalah sangat diperlukan oleh semua terutamanya suri rumah untuk membeli barang keperluan rumah tanpa perlu keluar. Dalam musim wabak COVID-19 yang semakin menular ini, kita pun kenalah ikut nasihat KKM untuk hadkan masa bersosial dan menjaga jarak (social distancing) walau dimana kita berada.

Jadi di sini kami kongsikan beberapa aplikasi beli barang dapur online serta barang keperluan harian yang terus hantar sampai rumah.

Isi Kandungan

7 PERKHIDMATAN / APLIKASI BELI BARANG DAPUR ONLINE DI MALAYSIA

  • Sekarang ni sebenarnya dah banyak cara nak beli barang dapur online di Malaysia. Cuma sesetengahnya kita kena periksa sama ada ianya cover kawasan tempat tinggal kita.
  • Di sini kami cuba senaraikan beberapa aplikasi beli barang basah online yang boleh ibu-ibu cuba di rumah.

 

Aplikasi Beli Barang Dapur Online Di Malaysia

1. TESCO ONLINE

  • Rasanya ramai yang dah mula mula perkhidmatan Tesco Online. Memang mudah kalau nak beli barang segar contohnya sayur, ikan, ayam, roti, rempah ratus semuanya ada. Macam kita pergi Tesco jugalah.
  • Tesco Online ni cover area Lembah Klang, Johor Bahru, Penang, Seremban, Ipoh dan Melaka. Kita boleh pilih slot penghantaran bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Kalau slot tu dah penuh, kita kenalah tunggu lama sikit.
  • Caj penghantaran bergantung pada kawasan rumah kita dan dan caj servis dikenakan bergantung kepada waktu slot penghantaran yang kita pilih.
  • Biasanya kalau kita pilih waktu yang bukan peak-hour, cajnya lebih rendah berbanding waktu yang sibuk.

Info Lanjut: https://eshop.tesco.com.my/

Aplikasi Beli Barang Dapur Online Di Malaysia

2. HAPPY FRESH

  • Mereka ni boleh belikan barang di Cold Storage, Tesco atau Giant. Muat turun aplikasi Happy Fresh kat Appstore.
  • Nak bayar cash pun boleh kalau tak ada kad debit atau kredit.
  • HappyFresh adalah syarikat penghantaran barangan runcit atas talian yang turut beroperasi di bandar-bandar utama di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand.
  • Kalau nak tengok promosi dan update terkini, boleh subsribe Facebook page Happy Fresh Malaysia.

3. JAYA GROCER

  • Pengguna di kawasan Lembah Klang boleh menggunakan Jaya Grocer apps untuk shopping pelbagai sayur-sayuran organik.
  • Selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran bermusim tempatan, Jaya Grocer terkenal dengan buah-buahan yang mungkin kita susah nak cari dekat pasaraya biasa seperti aprikot, blueberi, strawberi dan raspberi.
  • Kita juga boleh dapatkan ikan tempatan, daging import sejuk beku dari Australia, dan makanan organik dan bebas gluten bagi yang health-concsious..

 

Aplikasi Beli Barang Dapur Online Di Malaysia

4. BUNGKUSIT

  • BungkusIt ni perkhidmatannya lebih kurang macam runner. Dia bukan setakat kita nak beli barang dapur atau barang basah, dia boleh juga bungkuskan makanan yang kita craving sangat nak makan dekat kedai makan, warung, gerai atau mana-mana sajalah (asalkan dalam kawasan liputan).
  • Nak suruh hantar atau ambil barang pun boleh. Katalah kita nak COD barang customer pun dia boleh hantarkan.
  • Sekarang ni BungkusIt dah luaskan perkhidmatan mereka di KL, Selangor, Johor, Pinang, Melaka, Negeri Sembilan.

Aplikasi Beli Barang Dapur Online Di Malaysia

5. RED TICK

  • Bermula sejak 2010, RedTick juga antara servis penghantaran makanan yang dipercayai dan mula digunakan oleh ramai pengguna di sekitar Lembah Klang.
  • Bagi yang berada di luar kawasan Lembah Klang, anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan makanan kering, barangan kesihatan dan kecantikan yang boleh dibeli dengan macam-macam promosi mingguan serta bulanan melalui laman web RedTick Plus.

Laman Web: https://shop.redtick.com/

7 Aplikasi Beli Barang Dapur Online Di Malaysia 1

6. MY GROSER

  • MyGroser adalah kedai runcit online yang membuat penghantaran di seluruh Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, USJ, Kuala Lumpur, Shah Alam, Damansara, Bangsar, Mont Kiara, Puchong, Bandar Utama, Tropicana, Ampang dan banyak lagi!
  • Mendapat rating 4.7/5 di Google PlayStore, rata-rata ramai pengguna sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh My Groser.
  • Muat turun aplikasi dan masukkan alamat anda untuk melihat sama ada mereka membuat penghantaran ke kawasan rumah atau kawasan perniagaan anda.

7 Aplikasi Beli Barang Dapur Online Di Malaysia 2

7. GROCER HELPER

  • Bagi pengguna di Johor Bahru, boleh gunakan perkhidmatan Grocer Helper untuk barang basah macam ikan, ayam dan daging dah siap potong, basuh dan pek elok.
  • Tinggal masuk peti sejuk beku. Harga bermula RM50 dan untuk stok 1 minggu memang berbaloi.

Facebook: https://www.facebook.com/grocerhelper/

Sebenarnya ada banyak lagi perkhidmatan beli barang dapur secara online yang dah ada di sekitar kita.Kalau nak cari yang lebih spesifik di kawasan anda, boleh taipkan apa yang anda cari di bahagian ‘search’ di Facebook atau Google. Sertakan kawasan anda sekali. Insha Allah ada penjual atau runner yang sediakan servis ini.

Kenapa Aplikasi Belian Online Sangat Penting?

Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, pihak kerajaan menyarankan kepada semua rakyat untuk berada di rumah dan hanya keluar untuk urusan penting sahaja. Oleh hal demikian, penggunaan aplikasi belian online ini dpaat menyahut seruan kerajaan dan seterusnya dapat memutuskan rangkaian jangkitan Covid 19 yang sangat merisaukan sekarang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More