Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Aplikasi Khas Bantu Rakyat Malaysia di Singapura daftar Vaksin

Aplikasi Khas Pendaftaran Vaksin Covid-19 bagi Rakyat Malaysia di Singapura

khas

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri sedang membangunkan aplikasi khas pendaftaran vaksin Covid-19 bagi rakyat Malaysia yang berulang alik bekerja di Singapura.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, aplikasi dinamakan ‘Immu Plan Johor’ itu akan dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Pada peringkat awal aplikasi ini dibangunkan untuk individu yang bekerja di seberang Tambak.

“Seramai 100,000 individu dikenalpasti untuk pendaftaran awal vaksin ini serta jumlah mereka akan dibincangkan dan permohonan dikemukakan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Iskandar pada Ahad.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengalu-alukan cadangan daripada Kerajaan Negeri Johor berhubung pembangunan aplikasi berkenaan.

“ Apa yang dilihat, kita boleh integrasikan senarai pendaftaran daripada aplikasi ini dengan MySejahtera, tidak ada masalah.

“Oleh itu aplikasi ini akan digunakan untuk menyenaraikan nama individu yang berulang alik ke Singapura. Kita juga boleh ambil data itu dan dimasukkan ke dalam MySejahtera untuk mereka diberikan temu janji vaksin,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : Biasiswa Gamuda 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More