Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Awas Produk PS 21 Capsule Ada Racun

Isi Kandungan

Kementerian Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional PS 21 Capsule yang dikesan mengandungi racun berjadual, simvastatin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pendaftaran produk tersebut dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya ke-358 berikutan pengesanan racun berjadual simvastatin di dalamnya yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.

Kenyataan Akhbar KPK 5 Jun 2021 – Produk Tradisional PS 21 Capsule Dikesan  Mengandungi Racun Berjadual – From the Desk of the Director-General of  Health Malaysia

“Simvastatin merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan pengambilan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan.

Kesan Sampingan

  1. Gangguan pencernaan,
  2. Rasa lemah,
  3. Sakit kepala,
  4. Gangguan pada fungsi normal hati,
  5. Otot terasa sakit apabila disentuh atau lemah otot,

Sehubungan itu, beliau berkata, penjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta kerana melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Ujarnya lagi, bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk tersebut dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Awas Produk PS 21 Capsule Ada Racun

Awas Produk PS 21 Capsule Ada Racun

Awas Produk PS 21 Capsule Ada Racun

Awas Produk PS 21 Capsule Ada Racun

Katanya, maklumat status pendaftaran bagi sesuatu produk boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/ atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More