Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bahan Bukti dalam PDP, Kepimpinan PBPPP

Bahan Bukti dalam PDP, Kepimpinan PBPPP yang merupakan bahagian keempat di dalam penghasilan fail PBPPP ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut :

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan

Ikuti perkongsian mengenai Bahagian 4 : Bahan Bukti dalam PDP, Kepimpinan PBPPP  seperti di bawah.

Isi Kandungan

Bahagian 4 : Bahan Bukti dalam PDP, Kepimpinan PBPPP

Bahan bukti dalam pdp dan kepimpinan pula meliputi 2 item iaitu sukatan mata pelajaran, rancangan pengajaran dan perancangan strategik. Item kedua ialah contoh hasil kerja.

1- Sukatan Mata Pelajaran, Rancangan Pengajaran dan Perancangan Strategik

Bagi item pertama iaitu sukatan mata pelajaran, cetak rancangan pengajaran tahunan dan dskp kemudian letak di dalam fail. Pastikan rpt dan dskp tersebut terdapat tandatangan dan cop daripada pihak pentadbir.

Rancangan mengajar pula adalah rph yang dihasilkan oleh guru. Pilih mana-mana subjek dan cetak sekurang-kurangnya satu rph bagi setiap bulan bermula januari hingga november. Kalau boleh, pilih rph yang mempunyai cop semakan daripada pentadbir. Pastikan juga disertakan sekali jadual waktu pdp. Jika terdapat semakan pemantauan oleh fasilinus dan cerapan oleh pentadbir, photostat helaian tersebut.

Perancangan strategik ini melibatkan pelan tindakan yang dilaksanakan oleh guru sama ada melalui panitia ataupun sebagai guru penasihat kokurikulum. Sertakan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun semasa sebagai bahan bukti.

2- Hasil Kerja Murid

Item kedua pula adalah contoh hasil kerja murid. Photostat pelbagai hasil kerja murid yang telah disemak pada pelbagai subjek yang telah diajar oleh kita. Buat divider untuk asingkan hasil kerja mata pelajaran dan tahun. Biasanya, pilih hasil kerja murid yang cantik dan mempunyai semakan daripada guru.

Jika terdapat borang semakan buku murid daripada pihak pentadbir, photostat helaian tersebut dan selitkan di dalam fail.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Bahan Bukti dalam PDP, Kepimpinan PBPPP ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

Buku Pengurusan PPKI 2021

8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More