Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official Moratorium : Bank Rakyat minta pelanggan beri maklumbalas sebelum 29 Mei 2020

Bank Rakyat : Berikutan pelaksanaan moratorium secara automatik yang berkuat kuasa pada 1 April 2020, terdapat pindaan yang melibatkan pembiayaan berkadar tetap (Fixed Rate Financing). Bank Rakyat menawarkan pilihan kepada pelanggan bagi merancang pengurusan kewangan pelanggan.

Bank Rakyat komited memastikan kelancaran penyediaan kemudahan moratorium pembiayaan kepada pelanggannya selama enam bulan bermula 1 April 2020 yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 25 Mac lalu.

Isi Kandungan

Bank Rakyat

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif BankRakyat, Datuk Rosman Mohamed, berkata bermula 2 Mei 2020, Bank Rakyat telah memaklumkan kepada pelanggannya mengenai kaedah untuk menerima tawaran moratorium pembiayaan berkenaan.

“Pelanggan hanya perlu memberi maklum balas melalui ‘e-borang’ yang disediakan di laman sesawang BankRakyat atau melalui capaian https://mora.bankrakyat.com.my yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Mereka dikehendaki menghantar ‘e-borang’ yang telah diisikan sebelum atau pada 29 Mei 2020. Pelanggan yang tidak memberikan maklum balas dalam tempoh yang telah diberikan akan dikira sebagai tidak meneruskan moratorium,” katanya dalam satu kenyataan.

Rosman berkata, bagi pelanggan yang memilih untuk meneruskan moratorium, penstrukturan semula pembiayaan dengan kadar keuntungan asal dan lanjutan tempoh moratorium akan dilaksanakan.

Sementara, pelanggan yang memilih untuk tidak meneruskan kemudahan moratorium itu, mereka perlu menjelaskan ansuran bulanan seperti biasa bermula pada Jun 2020, katanya.

“Mereka juga akan diberi tempoh masa untuk menjelaskan ansuran bulanan yang tidak dibayar sebelum ini semasa tempoh moratorium tanpa sebarang caj lewat bayar.

“Menerusi pengumuman ini adalah diharapkan pelanggan BankRakyat yang terdiri daripada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mikro dan koperasi termasuk golongan B40 dapat menjalani tempoh yang mencabar ini secara positif serta yakin bahawa BankRakyat sentiasa prihatin dengan isu membabitkan keperluan pelanggannya di seluruh negara,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.bankrakyat.com.my atau boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 800 800 juga boleh  mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat.

Info Akhir Moratorium

Sekiranya anda  memilih untuk meneruskan moratorium, pihak Bank akan melaksanakan penstrukturan semula pembiayaan dengan lanjutan tempoh setelah tamat tempoh moratorium.  anda hanya perlu memberikan persetujuan melalui SMS untuk menyempurnakan akad, seterusnya menyempurnakan dokumen transaksi penstrukturan semula.

Gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya, semua pilihan bergantung kepada anda. Buatlah pilihan yang bijak!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More