Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Awal IPT MUIP Bagi Tahun 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Awal IPT MUIP bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Bantuan Awal IPT MUIP 2024

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengalu-alukan anak Negeri Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Bantuan Awal Pelajar IPT 2024.

Bantuan Awal Pelajar IPT ini adalah sebahagian daripada bantuan yang ditawarkan oleh MUIP kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Pemberian bantuan ini diharapkan mampu membantu anak Negeri Pahang yang akan mendaftar di IPT bagi meneruskan pengajian mereka.

Anak Negeri Pahang yang berminat boleh memohon bantuan ini secara atas talian (online) dan permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Permohonan Bantuan Awal IPT MUIP Bagi Tahun 2024 1
Bantuan Awal IPT MUIP

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Asasi / Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • PhD

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:

Peringkat PengajianKadar Bantuan
Asasi / Matrikulasi (Sepenuh Masa) Semua BidangRM 500.00
Diploma (Sepenuh Masa) Semua BidangRM 700.00
Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) Semua BidangRM 1,200.00
Ijazah Sarjana Muda (PJJ) Semua BidangRM 1,500.00
Sarjana (Master) Semua BidangRM 1,500.00
PhD Selain Pengajian IslamRM 3,000.00
PhD Pengajian IslamRM 5,000.00
Bantuan Awal IPT MUIP
Permohonan Bantuan Awal IPT MUIP Bagi Tahun 2024 2

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan Agihan Awal IPT ini seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pahang.
  3. Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT. 6 bulan daripada tarikh pendaftaran.
  4. Bagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
  5. Perlu mengemukakan slip bayaran pendaftaran / sebarang bukti pendaftaran ke IPT.
  6. Mengikuti Pengajian Sepenuh Masa untuk Asasi / Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau PhD.
  7. Bagi permohonan PhD perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:
  • Proposal defense PhD.
  • Salinan Potongan Zakat bagi pemohon / ibu bapa luar Pahang yang bekerja di Negeri Pahang.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web Zakat4Pengajian MUIP pada pautan berikut:

>>>Permohonan Bantuan Awal IPT MUIP 2024<<<

Klik bahagian ‘Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.’

Kemudian, klik bahagian ‘Daftar sebagai Pengguna Baharu.’ Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Proses Pendaftaran Pengguna.’

Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan. Buat permohonan sehingga tamat.

Sila pastikan anda telah mencetak dan telah melengkapkan borang permohonan sebelum dihantar ke MUIP. Bantuan ini tertakluk kepada syarat dan kadar yang telah ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan Awal IPT MUIP ini, sila layari laman web Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More