Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023 kini dibuka kembali buat seluruh pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari negeri Kedah.

Bantuan yang diberikan dari Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah ini sekarang telah dibuka permohonannya pada semua pemohon-pemohon yang layak.

Isi Kandungan

Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT atau BAKIPT adalah sebuah bantuan tunai sebanyak RM300 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada mereka yang berkelayakan.

Jumlah sumbangan ialah RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) untuk pelajar-pelajar yang layak.

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023

Syarat-syarat untuk membuat permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023 ini adalah:

  • Pemohon LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT)
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang MySPRSemak sebelum membuat permohonan.
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah adalah seperti berikut:

Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah

Bilangan Anak (Selain Pemohon) Berumur 21 Tahun Dan Kebawah Sahaja

Kadar Bantuan

RM3,000 Dan Kebawah

≥0

RM300.00

RM3,001 – RM6,000

≥3

RM300.00

  •  Permohonan dibuka bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT Dalam Negara atau Luar Negara. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian QualificationAgency)
  • Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT.
  • Permohonan hanya dibenarkan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  • Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF / JPEG / JPG / PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon. (DISAHKAN)
  2. Salinan Kad Pengenalan Tanggungan 3 Anak (selain pemohon) yang berumur 21 tahun dan ke bawah. (DISAHKAN)
  3. Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu/ Bapa/ Penjaga BPPSPPNK/07. (DISAHKAN)
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT. (DISAHKAN)
  5. Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT. (DISAHKAN)
  6. Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon. (DISAHKAN)
  7. Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman BPPSPPNK/09. (Bagi pemohon yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
  1. Pelajar SIJIL / ASASI / MATRIKULASI / FOUNDATION;
  2. Pelajar PASCA-SISWAZAH;
  3. Pelajar SEPARUH MASA;
  4. Pelajar LUAR KAMPUS;
  5. Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG);
  6. Pelajar PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN; dan
  7. Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN (Kolej Perubatan / Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia).
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dan DITOLAK.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan berikut:

>>>Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023<<<

  • Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023 ini kini dibuka mulai 1 Julai sehingga 31 Oktober 2023.
  • Bagi mereka yang diluluskan permohonanya, pembayaran bantuan ini akan dibuat dibuat oleh Pusat Khidmat DUN / Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.
  • Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN / Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.
  • Sila hubungi Pusat Khidmat DUN / Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan.

>>>Klik Sini Untuk Senarai Pusat Khidmat DUN / Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<<

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Sesi Pengajian 2023 ini, anda boleh layari Portal Rasmi SPPNK KEDAH – DISINI.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami –  DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More