Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai bantuan awal persekolahan MAINS 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Mengenai Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2024

Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) adalah sejenis bantuan yang akan diberikan kepada ibu bapa yang layak dan mempunyai anak-anak yang bersekolah iaitu daripada peringkat pra sekolah sehingga sekolah menengah.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan MAINS ini dilaksanakan bagi membantu ibu bapa terutamanya mereka yang berpendapatan rendah untuk melakukan persiapan bagi sesi persekolahan baharu yang akan bermula pada tahun 2024.

Oleh itu, permohonan bantuan awal persekolahan ini boleh dibuat mulai 1 Januari 2024 hingga 30 April 2024.

Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2024 1
Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2024

Kategori Sesi Persekolahan

Pemberian bantuan awal persekolahan MAINS 2024 ini akan diberikan kepada 3 kategori persekolahan iaitu:

Peringkat Pra SekolahMurid yang berumur 6 tahun sahaja.
Peringkat Sekolah RendahMurid tahun 1 hingga tahun 6 sahaja.
Peringkat Sekolah MenengahMurid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 sahaja.
Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon yang ingin memohon bantuan awal persekolahan ini perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon ialah beragama Islam.
  3. Pemohon telah bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan
  4. Permohonan terbuka kepada golongan B40 atau keluarga berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4300 (pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang masih bersekolah).

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat pada e-Sistem Permohonan Bantuan MAINS sebelum tarikh tutup permohonan.

Bagi yang belum mendaftar, sila daftar terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan anda dilakukan menerusi portal tersebut.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu disediakan bersama-sama permohonan adalah seperti senarai berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  2. Salinan MyKid / MyKad / Sijil Kelahiran tanggungan.
  3. Salinan Sijil Nikah / Surat Cerai / Sijil Kematian (jika berkenaan).
  4. Salinan penyata akaun bank / pengesahan akaun bank (sekiranya muflis, lampirkan salinan akaun pasangan atau anak).
  5. Salinan Slip Gaji / pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (muat turun pengesahan pendapatan di mains.gov.my/agihan).
  6. Borang pengesahan pihak sekolah (muat turun di http://www.mains.gov.my/).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan MAINS ini, anda boleh menghantar e-mel ke [email protected] atau layari laman web utama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More