Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) ONE-OFF RM 100 BAGI SESI 2021

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini telah diperkenalkan sejak dari tahun 2012 bertujuan untuk membantu dan meringankan beban perbelanjaan sekolah yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga pada setiap awal tahun persekolahan.

KRITERIA-KRITERIA YANG DITETAPKAN :

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Tempoh pelaksaan bantuan awal persekolahan ini bermula pada bulan Januari sehingga Jun bagi setiap sesi persekolahan tahun semasa. BAP ini akan diberikan oleh KPM dijangka seawal 4 Januari setiap tahun secara berperingkat.

BAP akan terus dikreditkan ke :

  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah PPD bagi sekolah yang tiada akaun KWK
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pihak sekolah akan menetapkan satu tarikh untuk pengagihan BAP kepada murid yang layak. PPD akan memastikan wang bantuan akan diagihkan kepada mereka yang  layak dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh penyata bank diterima untuk bulan yang mana peruntukkan telah dikreditkan ke akaun pihak sekolah.

Untuk medapatkan meklumat lanjut sila layari Bantuan Awal Persekolahan 2021

Menarik untuk dibaca: i-Sinar Kategori 2 | Cara Memohon, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More