Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Banjir 2022, Mohon Sekarang!

Bantuan banjir menurut Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diagihkan kepada sasaran dalam masa terdekat. Jelasnya, sebanyak RM400 juta peruntukan disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menyelaras operasi dan bantuan di kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri juga berkata, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 penting diluluskan bagi membolehkan Kerajaan bertindak proaktif dan menggerakkan usaha dalam memastikan pengurusan bencana banjir yang teratur, segera dan berkesan.

Selain itu, bagi memudahkan semakan serta rujukan mangsa banjir, terdahulu kerajaan telah mewujudkan satu laman rasmi Portal Bantuan Banjir yang menghimpunkan kesemua bantuan dari kerajaan yang sepatutnya mangsa banjir akan dapat.

Menerusi laman ini, pelbagai bantuan kepada mangsa banjir telah dipaparkan termasuk Bantuan Wang Ihsan, rebat bil elektrik, sumbangan pembelian barangan asas dan lain-lain.

Bantuan banjir

Isi Kandungan

Jenis Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Melalui laman Portal Bantuan Banjir iaitu bahagian maklumat bantuan, terdapat 3 jenis Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang telah diumumkan oleh kerajaan iaitu:

  • Bantuan Tunai
  • Pembiayaan
  • Bantuan Komuniti

Bantuan Tunai

Bantuan banjir

Kerajaan serta agensi-agensi kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan tunai kepada mangsa banjir yang layak. Pemberian ini dijangka dapat mengurangkan bebanan keluarga yang terlibat dalam banjir bagi memulakan semula kehidupan mereka.

Antara bantuan menerusi bantuan tunai adalah:

  • Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000.
  • Rebat 100% bil elektrik bagi pengguna domestik.
  • Rebat RM500 pembelian barangan elektrik.
  • Sumbangan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM2,500.
  • Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.
  • Bantuan Kematian Wang Ihsan NADMA RM10,000.

Bantuan banjir

Bantuan Pembiayaian

Terdapat pelbagai pembiayaan pada kadar 0% dan moratorium sehingga 6 bulan telah disediakan bagi mangsa-mangsa banjir bagi memulihkan kehidupan mereka. Sudah semestinya bantuan ini akan meringankan beban mangsa banjir yang sedang diuji hebat ketika ini.

Contoh  bantuan pembiayaan yang disediakan kerajaan adalah seperti berikut:

  • Moratorium pembiayaan akibat banjir.
  • Kemudahan pinjaman untuk PKS sehingga RM700,000.
  • Kemudahan pinjaman untuk perusahaan mikro sebanyak RM150,000.
  • Bantuan Pinjaman MyRinggit i-Banjir sebanyak RM10,000.
  • Pembiayaan Pemulihan Banjir Tekun Nasional sehingga RM100,000.

Bantuan Komuniti

Bantuan komuniti adalah penyediaan bantuan keperluan asas serta tenaga kerja tambahan oleh kerajaan dan agensi-agensinya bagi kerja-kerja pemulihan banjir.

Antara bantuan komuniti yang telah diumumkan oleh kerajaan adalah:

  • Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN).
  • Penambahan sumber manusia bagi kerja-kerja pemulihan.
  • Pembersihan dan pembaikan rumah sebanyak RM5,000.
  • Pembaikan semula rumah yang mengalami kerosakan serius sebanyak RM56,000.

 Penutup

Setakat hari ini, sebanyak lima negeri yang terlibat dalam bencana banjir. Ianya adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan juga Johor. Menurut NADMA juga, sehingga petang ini, terdapat 72510 mangsa banjir dari 20554 keluarga yang melibatkan 418 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dari lima negeri terbabit.

Bantuan banjir

Kami di sini doakan moga mangsa banjir tabah menerima ujian dan musibah ini serta bangkit dengan dengan lebih kuat. Moga hikmah yang besar terkandung di sebalik musibah ini.

Ibu bapa dan kesemua yang terlibat diharap dapat menangani bencana banjir ini dengan baik dan pastikan keselamatan terjamin. Ini ekoran terdapat beberapa kes kematian yang disebabkan oleh renjatan elektrik ekoran rumah yang dinaiki air. Selain itu, terdapat juga beberapa kes kematian anak kecil yang turut disebabkan oleh ‘air’ yang berkait rapat dengan banjir.

Selain keselamatan diri, mangsa banjir terutama ibu bapa atau orang dewasa perlu memastikan kesihatan diri turut terjaga. Jangan pula selepas banjir nanti ada musibah lain pula yang menimpa diri atau anak-anak seperti penyakit berjangkit di musim banjir.

Oleh itu, sebarang pertanyaan atau rujukan lanjut, kesemua mangsa banjir boleh menghubungi talian KECEMASAN MONSUN TIMUR LAUT 999 dan mengikut garis panduan seperti dalam gambar di bawah.

Bantuan banjir

Selain itu juga, melayari laman Portal Bencana NADMA atau hubungi bahagian:

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),

Jabatan Perdana Menteri,

Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Atau boleh hubungi di talian:

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: [email protected]

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More