Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Bantuan Banjir Honda Elaun Sebanyak RM1500

Bantuan Banjir Honda menawarkan program yang akan memanfaatkan pengguna Honda rakyat Malaysia yang mana mereka bakal menerima elaun sehingga RM1500. Anda terjejas? Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Bantuan Banjir Honda

Isi Kandungan

Boon Siew Honda

Boon Siew Honda merupakan antara syarikat besar dalam dunia pemilikan kenderaan di negara Malaysia. Rentetan daripada kejadian yang tidak terjangka iaitu banjir teruk di beberapa kawasan di negeri tertentu, maka pihak Honda menawarkan bantuan banjir Honda kepada mereka yang terjejas.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Madoka Chujo, beliau berkata,

“Diharapkan agar bantuan yang diberikan sehingga 31 Disember 2021 ini mampu membantu mereka yang terkesan dengan banjir.”

Katanya lagi,

“Pihak Boon Siew Honda akan mengharungi situasi yang sukar ini bersama anda. Kami berharap mereka yang terjejas akan terus cekal dan kuat mengharungi ujian ini. Doa kami akan terus bersama anda.”

Program Bantuan Banjir Honda

Bantuan Banjir Honda

Jumlah Elaun Bantuan Banjir Honda

Jumlah elaun bantuan banjir Honda yang akan diberikan kepada pemilik honda yang terkesan dengan banjir ini adalah sebanyak RM1500.

Banyak bukan? Dengan jumlah ini anda dapat menampung kerugian yang berpatutan. Bukan mudah untuk bangkit semula dan mengatasi kerugian yang dialami.

Manfaat Lain

Selain daripada elaun sebanyak RM1500, pihak Honda juga menwarkan kebaikan dan manfaat yang lain, iaitu:

  • Diskaun sehingga 25%.

Pemilik Honda yang memiliki HiP akan memanfaatkan pengurangan diskaun alat ganti kereta sehingga 25%. Banyak bukan? Jadi anda boleh membuat simpanan dengan kebih baik untuk kegunaan lain.

Mana-mana bahagian kereta boleh menerima diskaun. Anda boleh pergi ke pusat servis Honda yang berdekatan dengan kawasan anda.

  • Towing Kereta Percuma.

Kenderaan milik anda akan diselenggara dan towing dari lokasi anda ke pusat servis kereta Honda. Anda tidak perlu mengeluarkan untuk perkara ini.

Ini adalah kelebihan pemilik HiP.

Honda Insurance Plus(HiP)

Bantuan Banjir Honda

Honda Insurans Plus(HiP) ini merupakan antara salah satu jenis insurans yang disediakan kepada pemilik kereta Honda. Kita akui bahawa insurans amatlah penting sebagai sandaran sekiranya kenderaan kita mengalami masalah atau kecelakaan.

Lebih-lebih lagi, nak mencari insurans yang murah dan berkualiti bukanlah mudah. Banyak sangat kriteria yang tidak mengikuti kepuasan hati kita.

Jadi, sebagai pengguna Honda saya amatlah sarankan kepada anda untu menggunakan insuran HiP ini untuk anda sekeluarga. Percaya atau tidak insurans ini meliputi banyak aspek untuk kenderaan kita.

Bertunjangkan kepada 3 teras utama, iaitu:

  • RESCUE(MENYELAMAT)
    1. Insurans ini juga meliputi Khidmat Tunda Kecemasan yang merangkumi sehingga 450km perjalanan pergi dan balik. Berbaloi bukan?
    2. Perkhidmatan Pembaikan Kerosakan Tepi Jalan juga turut ditwarkan. Tidak kisahlah tayar pancit ke, isi minyak ke, servis jump start dan lain-lain.
  • PROTECTION(PERLINDUNGAN)
    1. Sekiranya kereta anda mengalami sebarang masalah, bawa sahaja ke Pusat Baik Pulih dan Pengecat Sah Honda.
    2. Segala alat gantian yang digunakan adalah original 100%.
  • SAVINGS(SIMPANAN)
    1. Banyak elaun yang diberikan kepada anda sekiranya anda mengalami kemalangan, kerosakan bahagian kereta dan lain-lain dengan hanya melanggan HiP ini.
    2. Jangan jadi pengguna yang rugi. Keputusan di tangan anda.

*NOTIS: Selain daripada bantuan banjir ini, anda juga boleh membaca artikel berkaitan Bantuan RM1000 Cuti Berbayar dan Tips Kereta Tenggelam Banjir.

Moga-moga bermanfaat.

Tarikh Akhir

Tarikh akhir bagi bantuan banjir Honda ini adalah sehingga:

31 Disember 2021

Rescue, Protection and Savings

3 Perkataan ini adalah teras utama yang diguna pakai oleh syarikat besar Honda bagi memastikan setiap penggunanya berada dalam keadaan yang baik sepanjang penggunaan kenderaan mereka.

Perkara ini amatlah jelas seiring dengan komitmen pihak Honda dengan memberi kelegaan kepada pemilik rasmi Honda menerusi perlindungan menyeluruh.

Video Honda Insurance Plu(HiP)

Kepada pengguna Honda yang masih belum tahu apakah itu HiP, anda boleh menonton video yang disediakan di bawah ini. Insurans seperti ini sangatlah berguna dan bermanfaat buat anda sekeluarga.

Hubungi Pihak Honda

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh menghubungi pihak Honda secara terus melalui medium di bawah:

  1. Lawati laman web rasmi Honda. Tekan link di SINI.
  2. Menghubungi talian hangat di nombor: 1-800-88-2020.
  3. Pergi ke cawangan Honda yang terdekat dengan kawasan anda.

Buat Tuntutan Anda Segera

Diharapkan agar artikel berkaitan bantuan banjir Honda ini mampu membantu individu-indidvidu yang terkesan akan bencana alam banjir ini.

Dugaan seperti ini bukanlah berada dalam jangkaan kita. Oleh itu, kita sebagai yang tidak terkesan seharusnya membantu sedaya upaya yang termampu.

Kepada pengguna Honda, jangan lepaskan peluang ini dan buat tuntutan bantuan banjir Honda dengan segera. Moga-moga semakin banyak bantuan yang anda bakal diterima untuk menampung segala kerugian yang dialami.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More