Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mohon Bantuan Barang Dapur RM300 Tahun 2023

Bantuan Barang Dapur RM300 adalah satu insentif kerajaan negeri Selangor bagi membantu rakyat yang memerlukan. Bantuan ini merupakan program BINGKAS.

Itulah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) agar manfaatnya dapat dipanjangkan bukan sahaja kepada ibu tunggal malah keluarga turut merasainya.

Sebagai Menteri Besar Selangor, YAB Dato Seri Amirudin bin Shari berkata, program BINGKAS ini adalah untuk meluaskan jangkauan dan menambah baik program bantuan sebelum ini.

Isi Kandungan

Bantuan Barang Dapur RM300 

Bantuan Barang Dapur RM300 ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2023. Untuk makluman umum, insentif khas ini adalah untuk golongan yang memerlukan khususnya golongan B40 dan miskin.

Program BINGKAS yang juga dikenali sebagai program bantuan kebajikan Selangor merupakan bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya , iaitu tahun 2022. Atas keprihatinan kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan insentif ini pada tahun 2023.

Pada masa ini, keadaan ekonomi dalam negeri tidak stabil dan pasca wabak yang masih belum pulih sepenuhnya. Insentif istimewa ini amat diperlukan untuk keluarga yang memerlukan.

Objektif pelaksanaan program BINGKAS ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang kurang berkemampuan menguruskan hal ehwal keluarga serta mendidik serta membesarkan anak tanggungan.

Bantuan Barang Dapur RM300 

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Barang Dapur RM300

Syarat-syarat kelayakan permohonan Bantuan Barang Dapur RM300 adalah seperti ketetapan berikut:

  1. Mempunyai tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah
  2. Insentif istimewa ini terbuka hanya kepada Warganegara Malaysia
  3. Lahir di negeri Selangor atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  4. Pendapatan isi rumah bulanan semasa di bawah RM3,000
  5. Pemohon merupakan pengundi berdaftar di negeri Selangor

Cara Memohon Bantuan Barang Dapur RM300

Garis panduan berikut telah disediakan untuk memohon Bantuan Barang Dapur RM300 iaitu:

  • Anda perlu menghantar borang permohonan secara dalam talian
  • Kemudian anda perlu mengikuti arahan pendaftaran permohonan
  • Isikan maklumat peribadi yang diperlukan
  • Sila layari Portal Rasmi BINGKAS untuk membuat pendaftaran

Selain itu, dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ahli BINGKAS, serta cara pembelian Bantuan Barang Dapur RM300 ini anda boleh dapatkan maklumat lanjutnya pada website rasmi BINGKAS.

Kadar Bantuan Barang Dapur RM300

  • Bagi pemohon yang layak akan menerima bantuan ini melalui ewallet dan secara automatik diberikan setiap bulan.
  • Untuk pengetahuan anda, kadar bantuan keperluan dapur BINGKAS ini adalah sebanyak RM300 sebulan.
  • Bantuan ini boleh digunakan di mana-mana pasar raya berdaftar untuk membeli barangan keperluan dapur pada tahun 2023.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau pertanyaan, anda boleh hubungi pejabat Dun masing-masing atau layari Website Rasmi BINGKAS atau di talian 1800-22-6600 dan semoga perkongsian tentang Bantuan Barang Dapur RM300 ini dapat membantu meringkan beban rakyat yang sedang bersusah payah meneruskan kehidupan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More