Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN E-DOMPET RM150

Bantuan e-Dompet atau dikenali juga sebagai eStart adalah antara salah satu bantuan dan inisiatif yang telah dibentangkan di dalam Bajet 2022. eStart dicipta bertujuan untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai atau cashless di premis perniagaan di kalangan rakyat Malaysia.

Melalui program eStart, kerajaan telah menyediakan inisiatif dengan peruntukkan sebanyak RM300 juta dengan harapan dapat memanfaatkan lebih dua juta penerima dari kalangan belia. Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM150 melalui e-dompet masing-masing. Bukan sahaja golongan belia, kerajaan juga telah menyediakan bantuan awal persekolahan 2022 yang disediakan khas buat pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5.

KRITERIA-KRITERIA PENERIMA :

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun;
  • Pelajar sepenuh masa dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta;

CARA MENEBUS BANTUAN E-DOMPET :

Pelaksanaan eStart adalah sama seperti e-Belia dimana mana wang tersebut akan dikreditkan melalui aplikasi e-tunai yang telibat. Berikut adalah antara aplikasi e-tunai yang terlibat :

JUMLAH BAYARAN e-START

Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada penerima adalah sebanyak RM150 secara one-off. Untuk maklumat mengenai pelbagai bantuan dan inisiatif di bawah Bajet 2022:

Pengguna aplikasi e-tunai tersebut perlulah mengikut arahan daripada aplikasi e-tunai tersebut untuk menebus dan membuat pengesahan identiti pengguna secara elektronik. Hanya satu aplikasi e-tunai sahaja yang boleh ditebus untuk setiap seorang.

Akhir kata, semoga bantuan e-dompet ini dapat dimanfaatkan oleh para belia untuk membeli keperluan pembelajaran serta barangan yang berkaitan dengan pendidikan. Silalah guna bantuan ini dengan sebaiknya.

bantuan e-dompet

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More