Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan OKU 2023

Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan OKU adalah bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dalam mencari rezeki dalam kehidupannya.

Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Bantuan ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya pekerja OKU dalam meringankan bebanan kehidupan harian mereka.

Isi Kandungan

Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan OKU

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) sebanyak RM450 sebulan untuk golongan OKU yang bekerja akan diberikan kepada mereka yang layak.

Bantuan EPOKU ini bertujuan untuk menggalakkan golongan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari & menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Jika anda, keluarga anda atau saudara mara adalah Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja serta berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh memohon untuk mendapatkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).

Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan OKU

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan OKU ini adalah:

  1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas
  3. Pemegang kad OKU JKM
  4. Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah

Cara Memohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan ini dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Maklumat lengkap tentang bantuan ini, anda boleh merujuk di Portal Rasmi Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) dan semoga perkongsian tentang Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan OKU ini dapat membantu anda yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More