Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin RM250

Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin RM250 adalah sebuah insentif yang disediakan untuk pasangan pengantin baru yang menepati syarat-syarat kelayakan dan garis panduan yang ditentukan.

Insentif ini disediakan untuk pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

Isi Kandungan

Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin RM250

Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) pada asasnya merupakan bantuan kewangan sebanyak RM250 secara ‘one-off’ kepada mereka yang layak.

Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin RM250

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin RM250

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  1. Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  2. Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  3. Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif ini.
  4. Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang – Kebenaran Luar Negeri (KBLN).
  5. Perkahwinan mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  6. Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  7. Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu / ADUN Kawasan / pengurus FELDA / Imam Qaryah atau Penyelaras.
  8. Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Anda Tidak Layak Memohon Sekiranya…

  • Poligami
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  • Nikah tanpa kebenaran
  • Kedua pasangan bukan asal daripada Pahang
  • Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00

Cara Memohon Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin RM250

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP dengan lengkap dan kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.

Borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Portal e-Munakahat Pahang.

Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan mestilah disertakan dengan:

  1. 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  2. 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
  3. 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin RM250 ini, anda boleh ke Portal Rasmi e-Munakahat Pahang atau hubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang di talian 09-42711111 dan semoga perkongsian tentang bantuan ini dapat membantu anda yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More