Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan IPT Fasa 2 YPM 2023

Bantuan IPT Fasa 2 kini dibuka kembali buat seluruh pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari negeri Terengganu diperuntukkan sehingga maksimun RM2000.

Bantuan yang diberikan dari Majlis Agama Islam dan Adat melayu Terengganu (MAIDAM) menerusi Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) ini sekarang telah dibuka permohonan pada semua calon yang layak.

Isi Kandungan

Bantuan IPT Fasa 2 Yayasan Pendidikan MAIDAM

Antara objektif utama Bantuan IPT ini ditawarkan adalah untuk

  • Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
  • Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

Bantuan IPT Fasa 2

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat umum Bantuan Am & Dermasiswa adalah:

  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Pemohon adalah seorang yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam atau swasta dalam dan luar negara.
  4. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  5. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
  6. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  7. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana- mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  8. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

Syarat-syarat khusus Bantuan Am Diploma & Ijazah Sarjana Muda adalah seperti ketetapan berikut:

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
  2. Para pelajar di bawah kategori sinf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG).
  3. Para pelajar di bawah kategori sinf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian / penaja pengajian yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa.
  4. Kadar bantuan bagi Bantuan Am adalah seperti berikut:

Peringkat

Tempoh Layak Memohon

Kadar Bantuan

Diploma

  • 3 tahun

RM800.00

Ijazah Sarjana Muda

  • 4 tahun (selain pengajian perubatan)
  • 5-6 tahun (pengajian perubatan)

RM1000.00

Syarat-syarat khusus Bantuan Am Sijil, Sarjana & PHD pula adalah seperti ketetapan berikut:

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
  2. Hanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori sinf miskin sahaja.
  3. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan / biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.
  4. Kadar bantuan bagi Bantuan Am adalah seperti berikut:

Peringkat

Tempoh Layak Memohon

Kadar Bantuan

Sijil

  • 2 tahun

RM600.00

Sarjana

  • 3 tahun

RM1500.00

PHD

  • 5 tahun

RM2000.00

Syarat khusus Bantuan Dermasiswa ialah:

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di luar negara sahaja.
  2. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan / biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain.
  3. Kadar bantuan yang diberi bergantung kepada penilaian pihak YPM berdasarkan keputusan peperiksaan serta status pengiktirafan universiti pemohon.
  4. Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon-pemohon yang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.

Cara Memohon Bantuan IPT Fasa 2 

  • Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan IPT Fasa 2 ini boleh dibuat bagi permohonan Bantuan IPT Dalam & Luar Negara YPM bermula 1 hingga 31 Ogos 2023.
  • Permohonan Bantuan IPT Fasa 2 boleh dibuat dengan menekan pada pautan berikut:

>Permohonan Bantuan IPT Fasa 2 YPM 2023<<<

  • Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Bantuan IPT Fasa 2 ini adalah seperti berikut:
  1. Surat tawaran belajar yang rasmi.
  2. Surat Pengesahan tahun semasa dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu / Jabatan Penuntut Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia / mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh YPM bagi pelajar luar negara.
  3. Surat Pengesahan tahun semasa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi pelajar dalam negara untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  4. Surat Pengesahan tiada tajaan / pinjaman / elaun pengajian bagi tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk peringkat pengajian Sijil, Master dan PhD.
  5. Salinan keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa pengajian yang telah disahkan oleh Hal Ehwal Akademik (HEA).
  6. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  7. Salinan sijil SPM / STPM / sijil berhenti sekolah.
  8. Salinan slip gaji / akuan pendapatan / penyata pencen terkini ibu bapa / Penjaga.
  9. Salinan akuan pendapatan pemohon bagi pemohon bagi peringkat pengajian Sarjana dan PHD.
  10. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  11. Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
  12. Slip permohonan.

Garis Panduan Permohonan

Anda boleh mengikuti garis-garis panduan permohonan di bawah sebelum, semasa dan selepas membuat permohonan Bantuan IPT Fasa 2 YPM 2023.

>>>Garis Panduan Pendaftaran Portal IPT Online Bagi Pemohon<<<

>>>Garis Panduan Bantuan IPT Dalam Dan Luar Negara<<<

>>>Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan IPT Dalam Dan Luar Negara<<<

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan IPT Fasa 2 ini, anda boleh hubungi ditalian 09-6223500 / 09-6225600 @ DISINI.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More