Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan IPTA Yayasan LTAT Bagi Tahun 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan bantuan IPTA Yayasan LTAT bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Bantuan IPTA Yayasan LTAT

Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (BHB) untuk membantu membiayai kos pembelajaran anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan anggota ATM yang telah bersara.

Yayasan LTAT telah ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh BHB dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (YWP). Majlis pertukaran nama YWP kepada Yayasan LTAT disempurnakan oleh bekas Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, pada 22 Julai 2016 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Pada 1 Mei 2021, Yayasan LTAT telah melalui transformasi serta penstrukturan semula dan diuruskan secara sepenuh masa oleh pengurusan dan kakitangannya sendiri dengan tujuan utama penubuhan iaitu untuk menjaga kebajikan serta membiayai pendidikan anak-anak anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Teras penubuhan Yayasan LTAT adalah meningkatkan mutu kehidupan anak-anak anggota atau veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk ahli keluarga mereka tanpa mengira kaum atau agama terutamanya dalam aspek pendidikan dan kebajikan.

Justeru, teras utama penubuhan Yayasan LTAT adalah

  • Teras Pendidikan.
  • Teras Kebajikan.

Salah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada anak-anak anggota ATM adalah melalui Bantuan IPTA Yayasan LTAT.

Kini, permohonan bantuan IPTA oleh Yayasan LTAT kepada anak-anak warga ATM yang berjaya melanjutkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama ke Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2023/2024 telah dibuka.

Permohonan bantuan ini dibuka sehingga 2 Februari 2024 sahaja.

Permohonan Bantuan IPTA Yayasan LTAT Bagi Tahun 2024 1
Bantuan IPTA Yayasan LTAT

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan IPTA Yayasan LTAT

Syarat-syarat kelayakan permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun.
  • Telah mendapat tawaran mengikuti program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama sepenuh masa di Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2023/2024.
  • Tamat Pengajian SPM / SPMV atau Asasi / Matrikulasi dan STPM sahaja yang layak memohon.
  • Bukan di kalangan pemegang Diploma / Diploma yang ditawarkan Program Penerapan / Trek Pantas ke peringkat Ijazah pertama.
  • Permohonan daripada anak-anak warga ATM yang sedang berkhidmat sahaja.
  • Pemohonan Bantuan IPTA sesi 2023/2024 akan ditolak sekiranya memohon Dermasiswa Premium 2023.

Cara Membuat Permohonan Bantuan IPTA Yayasan LTAT

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan berikut:

>>>Borang Bantuan IPTA Yayasan LTAT 2023/2024<<<

Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan menyediakan segala dokumen-dokumen yang diperlukan.

Selepas itu, pemohon perlu menghantar borang permohonan yang telah lengkap beserta dokumen yang diperlukan kepada Sel Pendidikan Perkhidmatan masing-masing seperti berikut:

DaratMarkas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan TD)
Tel: 03 – 4013 3409
LautMarkas Tentera Laut Cawangan Pembangunan
Sumber Manusia
(Untuk Perhatian: Pejabat Pendidikan)
Tel: 03 – 4016 0113
UdaraMarkas Tentera Udara Cawangan Perkhidmatan
(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan)
Tel: 03 – 4017 0066
Bantuan IPTA Yayasan LTAT

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu disahkan oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. 2 x salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. 2 x salinan penyata akaun SSPN Prime pemohon (jika ada). Jika tiada akaun SSPN Prime, pembukaan akaun akan dilakukan oleh PTPTN.
  3. 2 x salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh Kerajaan dan disahkan oleh pendaftar universiti.
  4. 2 x salinan resit bayaran / transaksi online yang telah disahkan oleh pihak Pejabat Bendahari Universiti.
  5. 2 x salinan Slip Keputusan SPM / SPMV.
  6. 2 x salinan Transkrip Akademik Asasi / Matrikulasi / Slip Keputusan STPM.
  7. 2 x salinan My Tentera ibu / bapa atau penjaga.
  8. Jika Anak Angkat /Anak Tiri hendaklah disertakan PERBAH II Pasukan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Bantuan IPTA Yayasan LTAT ini, sila hubungi Yayasan LTAT di talian 03 – 2022 2069.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More