Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi tahun 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Bantuan Kanak-Kanak?

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah bantuan tunai bulanan untuk keluarga dan penjaga berpendapatan rendah bagi menanggung keperluan anak-anak mereka.

Kadar bantuan ialah RM250 seorang untuk anak bawah 6 tahun, RM200 seorang untuk anak berumur 7 hingga 18 tahun, dengan maksimum RM1,000 sekeluarga sebulan.

JKM menyediakan BKK yang bertujuan untuk:

  • Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  • Membantu ibu / bapa / penjaga memelihara anak / kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan / buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak / kanak-kanak.
Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM Tahun 2025 1

Kadar Bantuan

Kadar bagi BKK ialah minimum sebanyak RM200 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

UmurKadar BKK
6 Tahun Ke BawahRM250
7 Tahun Hingga 18 TahunRM200

Perubahan kadar BKK akan berlaku semasa proses kaji semula. Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran. 

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi yang ingin membuat permohonan Bantuan Kanak-Kanak ini, iaitu:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  4. Keluarga / penjaga dan anak / kanak-kanak yang “tinggal menumpang” bersama ibu / bapa mereka / penjaga / saudara-mara / lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
  5. Anak / kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu / bapa bukan warganegara / diisytiharkan bankrap atau muflis / ibu / bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan.
  6. Anak / kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) / Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK.
  7. Anak / kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK; atau
  8. Kes-kes yang melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui eBantuan atau boleh juga membuat permohonan dengan hadir terus ke pejabat JKM berdekatan.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu disediakan bersama-sama jika anda ingin memohon bantuan BKK JKM ini, iaitu:

  • Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 18).
  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan atau surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri) daripada Penghulu / Penggawa / Pemimpin masyarakat.
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat).
  • Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan Kanak-Kanak ini, anda boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Malaysia atau terus hubungi talian 03 – 8000 8000 atau e-mel kepada [email protected].

Selain Bantuan Kanak-Kanak, JKM juga memberi perhatian khusus kepada 8 kumpulan sasar berikut dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara, iaitu:

  • Kanak-Kanak
  • Warga Emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Mangsa Keganasan Rumah Tangga
  • Mangsa Bencana
  • Orang Papa
  • Mangsa Pemerdagangan Orang
  • Pesalah Muda
Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM Tahun 2025 2

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More