Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Hilang Pekerjaan 2021 PEMULIH : RM500 Kepada 1 Juta Ahli

Bantuan Hilang Pekerjaan 2021 sebanyak RM500 akan diberikan kepada 1 juta ahli KWSP mengikut data yang telah diperoleh dari KWSP. Hal ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH.

Bantuan Hilang Pekerjaan

Isi Kandungan

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Hilang Pekerjaan?

  • Bantuan kehilangan pekerjaan adalah untuk pencarum KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.
  • Pengesahan kehilangan pekerjaan dan juga pendapatan akan dilakukan oleh pihak LHDNM, KWSP dan juga PERKESO.
  • Bantuan ini tidak melibatkan apa-apa proses pendaftaran.

Bilakah Bantuan Hilang Pekerjaan Itu Akan Dikreditkan?

  • Bantuan Kehilangan Pekerjaan itu akan dikreditkan ke akaun pekerja pada Oktober 2021.

Berapakah Amaun Yang Akan Diterima?

  • Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada 1 juta ahli KWSP mengikut data yang telah diperoleh dari KWSP.

Info Berkaitan Bantuan Pekerjaan PEMULIH 2021

  1. Kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum KWSP terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja swasta tidak formal.
  2. Kerajaan melalui ucapan Perdana Menteri didalam pembentangan PEMULIH 2021, akan memperuntukkan RM125 juta melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.
  3. Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300
  4. Pihak MDEC pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20,000 pencari kerja dalam ekonomi gig.
  5. Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30,000 orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.

Semoga dengan adanya bantuan RM500 ini dapat meringankan bebanan kepada mereka yang hilang pekerjaan akibat daripada ekonomi yang tidak menentu saat ini. Pastinya ramai yang telah membuat berbagai kerja tambahan untuk menampung kehidupan diri dan juga keluarga. Ingatlah pesanan dari Rasul kita, carilah rezeki yang berkat kerana dalam rezeki yang berkat pasti akan mempunyai kecukupan. Admin doakan kita semua dipermudahkan segala urusan. amin….

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More