Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Senarai Bantuan Kerajaan Februari 2023

Bantuan Kerajaan Februari 2023 telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan untuk rakyat-rakyat yang memerlukan khususnya kepada rakyat yang miskin tegar dan daripada golongan B40. Terdapat pelbagai jenis bantuan kerajaan yang dibayar Februari ini kepada mereka yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan yang terlibat.

Isi Kandungan

Senarai Bantuan Kerajaan Februari 2023

Senarai bantuan kerajaan Februari 2023 antaranya adalah:

  1. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Fasa 2
  2. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  3. Bantuan Khas BERNAS
  4. Bantuan Rumah RMR RAHMAN

Bantuan-bantuan ini diambil kira berikutan dengan kelayakan.

Bantuan Kerajaan Februari 2023

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Fasa 2

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 800 kepada mereka yang layak. Bantuan ini akan dilaksanakan dalam tiga Fasa dengan penjadualan seperti berikut:

  • Fasa 1 = RM 300
  • Fasa 2 = RM 300
  • Fasa 3 = RM 200

Pembayaran bagi Fasa 1 telah dibayar kepaya mereka yang layak pada Januari 2023 dan pembayaran bagi Fasa 2 pula akan dilaksanakan pada Februari 2023. Oleh itu, semakan status BMT boleh dibuat DISINI.

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah bantuan tunai yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat yang sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR, BKM dan BTR. Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari sehingga bulan Mac mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke hari.

Kategori & Amaun Bayaran Bantuan STR Fasa 1

  1. Bujang – RM 100
  2. Warga Emas Tiada Pasangan – RM 100
  3. Isi Rumah (Berkahwin/Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – RM 300

Kaedah Pembayaran: 

  • Terus ke Akaun Bank Penerima (Bagi Penerima Yang Mempunyai Akaun Bank)
  • Pembayaran boleh dituntut di Kaunter BSN berdekatan (Bagi Penerima Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank)

Pembayaran bagi Fasa 1 telah dibayar kepaya mereka yang layak bermula 17 Januari 2023 dan pembayaran bagi Fasa 2 pula masih belum ditentukan tarikhnya tetapi dijangka akan mula dibayar dalam lingkungan 3 bulan daripada pembayaran Fasa 1. Sebarang maklumat lanjut, boleh ke portal rasmi STR DISINI.

Bantuan Khas BERNAS

Bantuan Khas BERNAS ialah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai inisiatif sumbangan daripada BERNAS bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Bantuan Khas BERNAS adalah sebanyak RM250 kepada mereka yang layak.

Bayaran Khas BERNAS telah pun diagihkan kepada pesawah di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang pada Januari 2023. Sementara itu, bayaran bagi negeri Kedah dan Perlis akan dilaksanakan pada Februari 2023 pada kadar yang sama.

Bantuan Rumah RMR RAHMAN

Bantuan Rumah RMR RAHMAN merupakan inisiatif kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Rumah tersebut akan dibina di atas tanah milik pemohon yang layak.

Kos pembinaan rumah ini akan ditanggung oleh pemohon berjumlah RM55,000 dengan kadar bayaran balik bulanan RM286 sebulan selama 15 tahun. Permohonan rumah ini telah pun dibuka pada 05 Januari dan akan ditutup pada 15 Februari 2023.

Untuk maklumat lanjut tentang RMR RAHMAN, sila layari ke portal rasmi DISINI.

Di samping itu, bantuan Kerajaan Februari 2023 juga memberi tumpuan kepada bantuan kepada PKS dan IKS bagi menyelesaikan masalah yang sedang ditanggung oleh mereka yang memerlukan.

SUMBER DARIPADA: YOUTUBE Berita RTM

Apakah Bantuan Kerajaan Februari 2023 Ini Patut Diteruskan Pada Masa Hadapan?

Bantuan Kerajaan Februari 2023 seharusnya diteruskan demi kelangsungan hidup rakyat yang memerlukan. Selain itu, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More