Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Jenis Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia

Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia sebenarnya banyak dan ramai orang tidak tahu padahal bantuan-bantuan tersebut memberikan banyak peluang dan manfaat kepada golongan belia.

Contohnya peluang kerjaya, latihan kemahiran, tanggungan bayaran ujian lesen memandu dan banyak lagi. Ini semua merupakan antara bantuan yang diberikan kepada belia di negara Malaysia kini.

Namun begitu, ada antara golongan belia yang mengeluh dan merungut mendakwa mereka tidak mendapat apa-apa bantuan.

Sebenarnya mereka yang silap, kerana banyak sangat Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia yang Kerajaan peruntukkan untuk golongan belia melalui Belanjawan 2023 yang mereka sendiri tidak mengambil peduli.

Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia

Terdapat banyak Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia menerusi Belanjawan 2023.

Antaranya adalah seperti ketetapan yang berikut.

  • E-Tunai Belia Rahmah

Pemberian bantuan ini merujuk kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun atau penuntut IPT sepenuh masa yang layak.

Pemberian bantuan kredit e-wallet RM200 secara one-off ini adalah untuk digunakan bagi transaksi secara offline yang bertujuan untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan anak muda.

Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi.

  • Penangguhan dan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

Bantuan ini memberikan manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ia merupakan insentif penangguhan bayaran balik kepada peminjam PTPTN berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan.

Permohonan bagi penangguhan tersebut dibuka bermula 1 Mac 2023 hingga 30 Jun 2023.

Dalam pada itu, Kerajaan turut menawarkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20% yang telah dibuka sehingga 31 Mei lalu.

  • Tanggungan bayaran mendapatkan lesen untuk perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal

Kerajaan akan menanggung bayaran bagi belia B40 untuk mendapatkan lesen motosikal B2, teksi, bas & e-hailing secara percuma bertujuan untuk membantu mereka menjana pendapatan melalui perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Bantuan ini meliputi semua kos sehingga lesen diperolehi yang seterusnya akan dapat dimanfaatkan untuk kemudahan urusan kerja mereka.

  • Pembiayaan perniagaan seperti Tekun, BNM dan BSN

Golongan belia boleh mendapatkan manfaat daripada insentif yang diberikan Kerajaan menerusi pembiayaan perniagaan seperti Tekun, BNM dan BSN.

Jenis Pembiayaan Perniagaan

Skim Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia 

Tekun

Terdapat 6 skim Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia yang melibatkan pembiayaan perniagaan Tekun antaranya ialah:

  1. Skim Pembiayaan Tekun Niaga
  2. Skim Pembiayaan Lanjutan Usahawan Setia (PLUS)
  3. Skim Pembiayaan Kontrak-i
  4. Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT)
  5. Skim Pembiayaan Bekas Penjawat Keselamatan (SPEK)
  6. Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Bank Negara Malaysia (BNM)

BNM juga antara badan yang terlibat dalam pemberian pembiayaan perniagaan.

Antara Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Beliayang ditawarkan adalah:

  1. BNM – Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
  2. BNM – Kemudahan Peralihan Kepada Rendah Karbon (LCTF)
  3. BNM – Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF)
  4. BNM – Kemudahan Agromakanan (AF)
  5. BNM – Kemudahan Automasi Dan Digital PKS (ADF)
  6. BNM – Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)
  7. BNM – Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES)
  8. BNM – Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG)
  9. BNM – Kemudahan Bantuan Bencana (DRF)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

BSN juga menjadi salah sebuah bank yang menyambut baik pengumuman Kerajaan bagi membantu bukan sahaja golongan belia tetapi juga para PKS secara keseluruhan.

Antara inisiatif Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Beliayang mereka tawarkan adalah:

  1. BSN – Micro/i Penjaja Kasih – Muda
  2. BSN – Micro/i Penjaja Kasih – Bumiputera
  3. BSN – Micro/i Penjaja Kasih – Bukan Bumiputera
  4. BSN – Micro/i Kasih
  5. BSN – Micro/i Kasih – Nita
  6. BSN – Micro/i Kasih – Belia
  7. BSN – Micro/i Kasih – Bumiputera
  8. BSN – Micro/i Kasih – Bumiputera Sabah/Sarawak
  • Bantuan meningkatkan kemahiran

Selain bantuan kewangan daripada segi pinjaman, Kerajaan juga memperuntukkan dana bagi memberi peluang untuk golongan belia meningkatkan skil mereka dalam menempuh permintaan industri.

Terdapat dua kumpulan sasaran bagi program ini iaitu

  1. Pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah
  2. Graduan TVET dan lepasan sekolah yang mempunyai tahap Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah

Melalui inisiatif ini peserta akan mendapat tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan.

Pengajian kursus pendek di IPTA atau IPTS layak menerima tanggungan bayaran latihan maksimum sebanyak RM2,500, manakala bagi kategori pensijilan profesional dan microcredential yang diiktiraf layak menerima tanggungan maksimum sehingga RM4,000.

Selain itu, elaun RM300 untuk tiga bulan juga akan diberikan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.

Individu juga boleh memohon sehingga maksimum dua jenis latihan yang tertakluk kepada jumlah bayaran yuran maksimum mengikut kategori persijilan.

Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia 

Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia 

  • MySTEP tawar 50,000 peluang penempatan pekerjaan

Kerajaan telah menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik i menerusi program Malaysia Short-Term Employment Progamme (MySTEP) .

Program ini khusus buat belia warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik.

Ia merupakan usaha kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya memberikan pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran belia.

  • Pelepasan segera bagi kes muflis yang kebanyakannya melibatkan belia Melayu

Skim bantuan ini melibatkan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360.

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat khususnya golongan belia yang bankrap.

Bagi memberi peluang kedua, hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat dilepaskan secara automatik daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

Sekarang sudah tahukan apa bentuk bantuan yang diberikan kerajaan kepada golongan belia? Jadi janganlah cakap lagi lepas ni yang belia tak dapat apa-apa manfaat daripada Kerajaan.

Semoga perkongsian tentang Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia ini bermanfaat untuk anda yang memerlukan terutamanya belia-belia di Malaysia.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari tcerdotmy kerana kami sentiasa menyediakan info-info terkini untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More