Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Kewangan Haji 2023

Bantuan Kewangan Haji 2023 secara bersasar diteruskan lagi pada tahun ini bagi membantu jemaah haji B40 dan M40 buat kali pertama yang layak menerimanya.

Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat haji semakin menaik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

TH menyediakan lebih RM400 juta bagi menampung sebahagian daripada kos jemaah haji kumpulan B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu.

Isi Kandungan

Bantuan Kewangan Haji 2023

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata bayaran haji jemaah muassasah kumpulan B40 kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.

Ini susulan kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M.

Berbanding tahun lalu, katanya, bayaran haji bersasar membabitkan dua kategori sahaja, iaitu B40 dan bukan B40. Namun tahun ini ia dipecahkan kepada tiga kelompok iaitu B40, M40 dan T20.

“Bagi kumpulan B40, bayaran haji selepas ditolak Bantuan Kewangan Haji 2023 sebanyak 61 peratus ialah RM10,980.

“Untuk M40 pula, Bantuan Kewangan Haji 2023 yang diberikan 48 peratus. Jadi, mereka hanya perlu bayar RM15,980.

“Bagi kumpulan T20, perlu membayar keseluruhan kos, iaitu RM30,850,” katanya dalam sidang media pengumuman kos, bayaran dan Bantuan Kewangan Haji 2023 di sini, hari ini.

Bantuan Kewangan Haji 2023

Rayuan Haji 2023

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengurus Besar Pengurusan Haji, Nurrin Anuwar Shamsuddin.

Syed Saleh berkata, surat tawaran kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 2023 akan dikeluarkan mulai Rabu ini.

Katanya, bagi rayuan haji di luar giliran, jemaah perlu membayar kos penuh iaitu RM30,850 seorang, melainkan bagi individu yang membuat rayuan mahram atau bagi pembantu kepada jemaah yang berusia.

Mengenai pemilihan seramai 31,600 jemaah yang akan menunaikan ibadat itu tahun ini, katanya, TH mengutamakan bakal haji yang terkandas disebabkan pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021, diikuti jemaah yang dijadualkan menunaikan ibadat itu pada 2022 dan 2023.

Bantuan Kewangan Haji 2023

Tarikh Rayuan Haji 2023

  • Rayuan Haji 2023 melalui platform dalam talian THIJARI akan dibuka mulai 27 Mac 2023 ini.

Sementara itu, Amrin berkata, peningkatan kos haji tidak dapat dielakkan atas faktor-faktor di luar kawalan TH.

Ia seperti kadar inflasi, cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 15 peratus, pengenalan caj dan percukaian baharu di Arab Saudi, kos pasca wabak COVID-19 serta pembangunan di Makkah dan Madinah yang memberi tekanan kepada kadar sewaan bangunan penginapan.

“Terdapat juga peningkatan kos yang ketara termasuk kos penginapan, makanan, pengangkutan serta perkhidmatan di Tanah Suci.

“Bantuan Kewangan Haji 2023 bersasar akan dapat mengurangkan beban kewangan Tabung Haji agar dapat mencapai matlamat utamanya menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji, di samping menyediakan kemudahan dan perkhidmatan demi kebajikan jemaah haji,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Saleh juga berkata, peningkatan berterusan Bantuan Kewangan Haji 2023 akan memberi impak negatif kepada agihan keuntungan TH pada masa hadapan.

Bantuan Kewangan Haji 2023 terus meningkat dengan kenaikan berterusan kos haji, berikutan bayaran haji dinaikkan kepada RM10,980 dan RM12,980 tahun lalu.

Katanya, kos menunaikan haji juga meningkat 198 peratus dari 2001 hingga 2022 apabila 64 peratus kos dibelanjakan untuk penginapan dan penerbangan sewa khas haji dan 36 peratus lagi bagi perkhidmatan di Arab Saudi.

“Apabila TH menyalurkan lebih banyak keuntungan daripada pelaburannya sebagai Bantuan Kewangan Haji 2023, maka jumlah keuntungan yang boleh diagihkan kepada pendeposit akan berkurangan.

“Hafis atau bantuan kewangan haji yang sudah disalurkan TH untuk tempoh 2001 hingga 2022 berjumlah RM2.17 bilion dan sekiranya bayaran haji tidak berubah, Hafis akan menjangkau RM2.71 bilion untuk tempoh 2023 hingga 2027.

“Oleh itu, peningkatan berterusan Hafis menjadi faktor utama agihan keuntungan TH berkurangan bagi masa akan datang,” katanya.

Syed Saleh berkata, sejak 2001 sehingga 2022, lebih RM2.2 bilion daripada hasil pendapatan pelaburan sudah dibelanjakan oleh TH untuk Bantuan Kewangan Haji 2023 sahaja.

Sumber: Berita Harian

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More