Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) bagi tahun 2025 yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan

Mengenai Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU)

Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya Tahun 2025 1
Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya

Skop Pembiayaan

Skop pembiayaan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya ini adalah:

  • Tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan KPT iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di Politeknik dan Kolej Komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan OKU ini.
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

Elemen Tajaan

Pembiayaan ini meliputi yuran pengajian dan elaun wang saku sebanyak RM400 sebulan dengan kadar maksimum RM6,200 setahun (mengikut kalendar akademik) atau RM24,800 sepanjang tempoh pengajian.

Senarai Yuran Layak dan Yuran Tidak Layak adalah seperti ketetapan berikut:

Yuran Pengajian Yang LAYAK Dituntut1. Yuran Pendaftaran Pengajian
2. Kad Kampus / Kad Matrik
3. Yuran Perpustakaan
4. Yuran Peperiksaan
5. Yuran Perkhidmatan
6. Yuran Ko-Kurikulum / Sukan
7. Yuran Graduasi (Jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)
8. Yuran Pemeriksaan / Yuran Tesis
9. Yuran Komputer
10. Yuran Peralatan / Bahan Makmal
Yuran Pengajian Yang TIDAK LAYAK Dituntut1. Yuran Penempatan / Yuran Asrama
2. Insuran Kesihatan / Perlindungan Insuran
3. Yuran Kebajikan / Persatuan / Alumni / Aktiviti / Khairiat
4. Yuran Kelengkapan / Tabung Pengurusan MPA
5. Yuran Pencalonan
6. Tabung Kecemasan
7. Elaun Buku
8. Elaun Sara Hidup
9. Elaun Tesis
10. Elaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan
11. Elaun Perjalanan / Tambang
12. Elaun Akhir Pengajian
13. Elaun Penyelidikan
14. Elaun Pengangkutan

Tempoh Penajaan

Tempoh penajaan pula mestilah seperti ketetapan berikut:

  • Sijil Asasi / Sijil – 2 Tahun
  • Diploma – 3 Tahun
  • Sarjana Muda – 4 Tahun
  • Diploma Lepasan Ijazah – 2 Tahun
  • Sarjana – 2 Tahun
  • Ph.D – 4 Tahun

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya, iaitu:

  1. Pelajar warganegara Malaysia.
  2. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
  3. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  4. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
  5. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
  6. Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.
  7. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya semasa melanjutkan pengajiannya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pengajian di IPT kerana keistimewaannya, elaun khas ini tidak akan dipanjangkan kepada beliau.
  8. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh / sebahagian).
  9. Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya bagi tahun 2025 kini dibuka bermula 18 April 2025 sehingga 30 Mei 2025 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan mengemukakan salinan dokumen yang dinyatakan dengan lengkap melalui Sistem Penajaan OKU (SisPO).

Hanya Invois Asal yang perlu dimuatnaik melalui Sistem Penajaan OKU (SisPO).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya ini, anda boleh rujuk laman web Sistem BKOKU atau terus hubungi talian 03 – 8870 6347 atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More