Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Kewangan Pelajar Tahun 2023 IPTA @ IPTS

Bantuan Kewangan Pelajar Tahun 2023 IPTA @ IPTS sebanyak RM 3,920.00 kepada golongan B40 dan M40. Kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke kolej komuniti khususnya daripada keluarga dari golongan kategori B40, anda boleh memohon bantuan yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Bantuan Kewangan Pelajar Tahun 2023.

Bantuan Kewangan Pelajar Tahun 2023 IPTA @ IPTS sebanyak RM 3,920.00 secara umumnya, merupakan bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka. Melangkah ke alam universiti sudah tentunya membuatkan hati melompat girang. Ini kerana impian setiap pelajar yang sudah menamatkan alam persekolahan untuk melangkah ke gerbang universiti.

Untuk makluman, di sini kami kongsikan 2 institusi IPTA @ IPTS pendidikan yang mendapat bantuan kewangan dari kerajaan.

Isi Kandungan

APA ITU BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPP) 2023?

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah bantuan yang diberikan hanya untuk pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja dan bantuan ini hanya diberikan untuk 2 semester.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Anda boleh melihat syarat yang diperlukan untuk memohon BKPKK seperti di bawah :

  1. Calon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Calon mestilah daripada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil).
  3. Ibu bapa/penjaga sah calon yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.
  4. Calon perlu menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin).
  5. Calon perlu mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga.
  6. Calon tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

BERAPAKAH BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI?

Kadar bantuan ini  diberikan kepada pelajar yang layak selama dua (2) semester sahaja. Tempoh bagi satu (1) semester adalah selama enam (6) bulan. Berikut adalah merupakan kadar bayaran:

  • Satu semester RM1,800 (RM300/sebulan)
  • Dua semester RM3,600 (setahun).

NOTA: Pelajar yang menerima bantuan ini selama dua semester hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri menerima bantuan kewangan pada semester kedua. Sekiranya pelajar tidak mencapai CGPA minima pada semester pertama, bantuan kewangan kini akan diberhentikan serta merta.

BAGAIMANAKAH CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI?

Kepada calon yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan:

  • Calon hendaklah mendapatlan borang permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
  • Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada borang permohonan.
  • Hantar permohonan yang telah lengkap diisi.

NOTA: Dimaklumkan juga bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan atau biasiswa lain sekiranya telah menerima BKPKK ini di bawah KPM.

BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA

Selain itu juga, pelajar dari institusi pengajian tinggi awam juga tidak ketinggalan untuk menikmati bantuan kewangan dari kerajaan ini. Ikuti langkah seperti di bawah untuk memohon :

Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 sebulan. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon. Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin. Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu mengganti balik wang bantuan yang telah diberikan sekiranya gagal pengikuti program pengajian dengan jayanya. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ASASI?

Diantara Syarat Kelayakan Yang Diperlukan Untuk Memohon :

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Calon hendaklah mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam (UA);
  • Calon hendaklah bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan mengikuti program pengajian seperti di dalam surat tawaran; dan
  • Golongan sasaran ialah untuk golongan B40 dan M40 dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000.00.

BERAPAKAH KADAR BANTUAN YANG AKAN PELAJAR DAPAT?

  1. Elaun Wang Saku berjumlah RM2,500.00 setahun pengajian;
  2. Yuran pengajian dan penginapan berjumlah RM1,420.00 setahun pengajian; dan
  3. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Pelajar 12 Pusat Asasi Universiti Awam Tempat Pengajian Yang Terlibat Dengan Bantuan Ini:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Bantuan Kewangan Pelajar Tahun 2023 IPTA @ IPTS

CARA MOHON DAN SEMAK BANTUAN KEWANGAN BKPKK IPTA @ IPTS  2023:

( Untuk semakan dan tawaran bantuan pelajar, pelajar boleh membuat secara atas talian ( online )   melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan, KPM. Untuk dokumen tawaran, pelajar wajib mencetak dan menyemak sendiri dokumen tawaran tersebut seperti berikut :

1.

Surat Tawaran ;

 

2.

Borang perjanjian
( 3 salinan, borang kosong boleh difotokopi ) ;

3.

Borang penyata kewangan penjamin ;

4.

Panduan mengisi borang perjanjian ;

5.

Dokumen perjanjian yang telah lengkap diisi, hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran ; dan

6.

Tuntutan bayaran
pelajar asasi sedia ada akan
dibuat melalui pihak pentadbir Universiti Awam masing-masing
pada setiap semester.

 

Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam masing-masing
dan TIDAK BOLEH DIKEMUKAKAN TERUS KEPADA PIHAK KPM.

 

Sedikit pautan video untuk rujukan pelajar atau pemohonan BKPKK :

Anda kini boleh menyambung pengajian tanpa ragu-ragu kerana bantuan yang disediakan oleh kerajaan amat berbaloi.

BAGAIMANAKAH UNTUK MEMILIH BIDANG YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA?

Apa kata anda selami tips dibawah untuk lebih mengenali minat atau kecenderungan anda!

  • Anda wajib mengenalpasti kebolehan diri.
  • Sedia maklum dengan cita-cita anda mulai hari ini.
  • Meminta pendapat orang lain sebelum membuat keputusan tentang masa hadapan.
  • Senaraikan kelebihan dan kekurangan dalam setiap bidang yang ada pilih dan minati.
  • Melihat peluang pekerjaan yang ditawarkan dan paling diperlukan pada masa kini.

Selain itu juga, anda bolehlah bersiap sedia untuk menghadapi alam pekerjaan setelah tamat pengajian di IPTA atau IPTS. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan kerjaya atau jawatan kosong kerajaan di sini .

APAKAH BANTUAN KEWANGAN PELAJAR TAHUN 2023 INI PATUT DITERUSKAN PADA MASA HADAPAN?

Bantuan Kewangan Pelajar Tahun 2023 IPTA @ IPTS seharusnya diteruskan demi kelangsungan hidup pelajar semasa berada di alam universiti. Selain itu juga, pelajar juga boleh mencari peluang pekerjaan tambahan seperti bekerja semasa cuti semester. Seharusnya cuti harus diisi dengan perkara bermanfaat dan berfaedah. Dapatkan info yang tepat dari kami di sini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More