Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Kepada Yang Layak

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 adalah sejenis bantuan khas kewangan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang bergelar penjawat awam

“Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang Kerajaan setia menggalas amanah negara,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Diharapkan pemberian bantuan khas itu nanti dapat meringankan beban kos sara hidup yang terus meningkat dan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyambut hari mulia Hari Raya Aidilfitri.

Dalam usaha meringankan beban rakyat di musim perayaan, pihak Kerajaan melalui Belanjawan 2023 bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 sebanyak RM 700 dan RM 350 kepada semua penjawat awam yang layak.

Isi Kandungan

Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah sebanyak RM 700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM 350. Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.

Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Siapakah Yang Akan Menerima Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Ini?

Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Penerima dan jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 ini adalah seperti yang dinyatakan berikut:

Penerima Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah

RM 700

  • Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen
  • Penerima Pencen Terbitan
  • Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP (Bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)
  • Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen

RM 350

Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Ini?

  • Berdasarkan ucapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat ketika membentangkan Belanjawan 2023, pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2023 RM700 dan RM350 akan dilaksanakan pada bulan April 2023 nanti.

SUMBER YOUTUBE: Buletin TV3

Maklumat Lanjut

Untuk info lebih lanjut berkenaan Belanjawan 2023, anda boleh melayari Portal Rasmi Kementerian Kewangan supaya anda mendapatkan info yang sahih dan tepat. Selain itu, pelancar carian bagi membantu anda untuk mengetahui bantuan Belanjawan 2023 yang bersesuaian dan menghubungkan anda ke agensi berkenaan bagi permohonan bantuan Belanjawan 2023 telah diperkenalkan dan anda boleh TEKAN DISINI.

Sebarang info lanjut dari Kerajaan sama-sama kita nantikan dan kami akan memberikan anda info penting dari masa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

Adakah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Ini Perlu Diteruskan Pada Masa Hadapan?

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 merupakan sejenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan kepada penjawat awam sebagai bantuan kewangan tambahan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut nanti. Justeru, semestinyalah ini adalah salah satu inisiatif terbaik oleh Kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan dan inisiatif ini sangat perlu diteruskan pada setiap tahun bagi meringankan kos sara hidup semua penjawat awam serta seterusnya ini adalah salah satu cara Kerajaan untuk membalas jasa semua penjawat awam yang telah berkerja keras untuk menjamin kesejahteraan negara selain daripada bonus atau kenaikan gaji tahunan kepada semua penjawat awam di Malaysia. Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More