Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024, Mula Dibayar 15 Mac

Berikut dikongsikan mengenai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia yang layak.

Isi Kandungan

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 Kerajaan Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2024 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri tersebut.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemberian itu sebagai apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi kepada Kerajaan negeri.

Menurutnya, pembayaran bantuan tersebut akan dibuat pada 15 Mac ini iaitu pada minggu pertama umat Islam mula berpuasa Ramadan.

“BKKA berkaitan akan dibayar pada 15 Mac ini yang dianggarkan bakal membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 7.44 juta.

Umumnya, pemberian BKKA ini diharap dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri khususnya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini.”

Chow Kon Yeow

Kata Chow Kon Yeow, di bawah bantuan itu juga, sebanyak RM300 diberikan kepada

  • penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),
  • guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR),
  • guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR),
  • kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR),
  • kakitangan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), serta
  • kakitangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Turut diberi bantuan sebanyak RM300 adalah guru tahfiz, pondok dan tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.

Dalam pada itu, BKKA ini turut dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Pulau Pinang, tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing.”

Chow Kon Yeow
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024, Mula Dibayar 15 Mac 1
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

Tarikh Dan Cara Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

Berdasarkan kenyataan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 adalah pada 15 Mac 2024.

Pembayaran bantuan khas kewangan ini adalah tanggungjawap jabatan mengikut pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran atau jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

Pembayaran akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. 

Ketua Jabatan dikehendaki mematuhi tatacara pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 ini seperti berikut:

Pembayaran Melalui Sistem Berkomputer (iSPEKS)– Cetak Laporan G004 (Senarai Edit Pembayaran – Bayaran Khas Kewangan).
– Semak dan kenal pasti kelayakan pegawai berdasarkan syarat yang ditetapkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bilangan 3 Tahun 2024.
– Kemas kini data sebenar ke dalam sistem iSPEKS.
– Sahkan Laporan G004 yang telah dikemas kini dengan kenyataan seperti berikut:
“Disahkan bahawa semua maklumat dan pindaan yang dibuat adalah tepat dan betul. Sekiranya terdapat lebihan / kurangan, jabatan ini bertanggungjawab untuk membuat pelarasan sewajarnya.”
– Pastikan tindakan-tindakan diatas dilaksanakan mulai 7 Mac 2024 dan laporan yang telah disahkan hendaklah dikemukakan ke Unit Gaji, Bahagian Pengurusan Perakaunan (Bendahari Negeri) pada 8 Mac 2024 sebelum jam 12.00 tengah hari.
Pembayaran Melalui Arahan Bayaran– Semak dan kenal pasti kelayakan pegawai berdasarkan syarat yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bilangan 3 Tahun 2024.
– Sediakan Arahan Bayaran melalui Modul Akaun Belum Bayar dan lampirkan salinan Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan seseorang pegawai (Kew. 8) beserta penyata pengiraan sebagai dokumen sokongan.
Kod Akaun1. B0117102: Bantuan Khas Kewangan – Kakitangan Awam.
2. B0229306: Bantuan Khas Kewangan – Kakitangan Kerajaan & Pekerja Sambilan dan Sementara yang Tidak Menyandang Jawatan Tetap.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 ini dibuat kepada pegawai yang layak selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bilangan 3 Tahun 2024.

Penyata Kew. 8 (manual) hendaklah disediakan dan bayaran bantuan ini hendaklah direkodkan di dalam buku perkhidmatan pegawai.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024, Mula Dibayar 15 Mac 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 ini, sila rujuk Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2024 Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More