Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2024 pada hari ini, 1 April 2024.

Berita baik untuk semua penjawat awam!

Isi Kandungan

Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500

Hari ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri penjawat awam adalah bantuan Hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua penjawat awam dalam perkhidmatan.

Pengumuman pemberian bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Menurut Perdana Menteri, pihak Perbendaharaan telah dimaklumkan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara 1

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Sebelum mengumumkan berita baik tersebut, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempat berseloroh dengan menyatakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri tersebut ditangguhkan pada tahun hadapan.

“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak,”

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, Insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,”

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara 2
Sumber Rasmi: Astro Awani

CUEPACS Pernah Menggesakan Kerajaan Untuk Memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri

Pada 15 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengulangi gesaan supaya Kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri meneruskan tradisi pemberian bantuan tersebut yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun yang lepas.

Insentif itu, katanya, bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah ia juga dapat melegakan kelompok peniaga.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini, sila rujuk media sosial Anwar Ibrahim dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More