Bantuan Khas Kewangan Pelajar IPT Sarawak Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan bantuan khas kewangan pelajar IPT Sarawak bagi tahun 2025 yang terkini telah dibuka.
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan Khas Kewangan Pelajar IPT Sarawak RM1,200
Terdapat 4 bantuan utama yang diumumkan melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT yang diumumkan dalam Belanjawan Sarawak 2025, iaitu:
- Bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
- Pemberian baucar buku.
- Pemberian komputer riba percuma.
- Bantuan kepada graduan Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN.
Premier Sarawak mengumumkan bantuan khas kewangan kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di IPT di seluruh Malaysia akan diberikan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah, iaitu yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.
Pemberian bantuan khas kewangan ini bertujuan membantu pelajar membiayai keperluan asas seperti makanan dan barangan penting, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata,
“Pendaftaran akan dibuka pada 1 Mei hingga hujung bulan, selama sebulan namun pelajar yang tidak mendaftar pada tempoh ini pula boleh memohon pada September kelak. Hal ini kerana kerana ada pelajar yang akan mendaftar atau memulakan pengajian pada bulan September nanti maka kita sediakan dua peluang untuk pendaftaran.”
Permohonan bantuan khas kewangan pelajar IPT Sarawak ini hanya akan dibuka selama satu (1) bulan bermula 1 Mei 2025 sehingga 1 Jun 2025.
Tambahnya, tempoh permohonan yang kedua juga akan dibuka pada bulan September kelak.

Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang ingin membuat permohonan bantuan khas kewangan pelajar IPT Sarawak ini, iaitu:
- Warga Sarawak (sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah warga Sarawak).
- Sedang mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA atau IPTS) yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Pelajar mendaftar dalam mod pengajian sepenuh masa.
- Disahkan dan diperakui oleh institusi (IPT) bahawa pelajar memenuhi semua kriteria di atas.
Cara Membuat Permohonan
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan bantuan khas kewangan pelajar IPT Sarawak bagi tahun 2025, iaitu:
| Langkah 1: Pra-Syarat | 1. Daftar ke ID Sarawak. 2. Buat akaun S Pay Global anda. 3. Layari laman web my-Yayasan dan log masuk menggunakan ID Sarawak. 4. Klik mohon. |
| Langkah 2: Permohonan | 1. Isikan dan muat naik dokumen yang diperlukan. 2. Muat turun pengesahan dan dapatkan institusi anda untuk mengesahkan. 3. Muat naik surat (disahkan dan ditandatangani). 4. My-Yayasan akan menganalisis permohonan dan kelayakan anda. 5. Klik hantar untuk memohon program yang layak anda dapatkan. |
| Langkah 3: Semak Status Permohonan | 1. Anda boleh menyemak status permohonan anda di laman web my-Yayasan. 2. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau SMS. |
| Langkah 4: Memantau Status Bantuan Anda (Untuk Pengguna Status Diluluskan Sahaja) | 1. Muat turun, pasang (install) dan log masuk ke Aplikasi Pelanggan my-Yayasan untuk melihat status pembayaran. 2. Bantuan akan disalurkan ke akaun S Pay Global anda. |
Notis Penting: Permohonan dalam talian mesti diisi mengikut garis panduan yang disediakan. Kegagalan untuk memberikan semua butiran yang diperlukan akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
Sila pastikan bahawa dokumen berikut sedia untuk dimuat naik dan setiap saiz fail dokumen adalah di bawah 5MB, iaitu:
- Borang yang dihasilkan untuk mengesahkan status pengajian daripada institusi (IPT).
Sila pastikan bahawa borang ini dilengkapkan dengan tepat dan ditandatangani oleh pegawai pensijilan yang ditetapkan sebelum menyerahkannya.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan khas kewangan pelajar IPT Sarawak ini, anda boleh rujuk laman web my-Yayasan dan Facebook Yayasan Sarawak.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



