Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2023

Bantuan Komputer Riba untuk penuntuk di IPT rakyat di Negeri SembiraYayasan Negeri Sembilan telah dibuka.

Yayasan Negeri Sembilan telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui peruntukan Enakmen Negeri Sembilan No. 6 tahun 1979. Tujuan penubuhan Yayasan Negeri Sembilan adalah untuk membantu dan meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan meluaskan peluang mendapat pendidikan lanjutan di kalangan anak-anak Negeri Sembilan dan warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan.

Unit pembangunan insan YNS bertanggungjawab menjalankan aktiviti kebajikan berteraskan pendidikan, belia serta mahasiswa.

bantuan komputer riba

Isi Kandungan

Bantuan Komputer Riba

Bantuan komputer riba anak Negeri Sembilan merupakan inisiatif kerajaan negeri dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak – anak Negeri Sembilan terutamanya golongan asnaf dan B40 yang terkesan akibat dari penularan wabak covid-19 dalam pembelajaran secara atas talian.

Kategori

Terdapat dua kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang membolehkan untuk memohon bantuan komputer riba ini:

  1. Institut Pengajian Tinggi Awam
  2. Politeknik

bantuan komputer riba

Syarat-syarat

Antara syarat-syarat untuk mohon bantuan komputer riba Yayasan Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan (No Kad Pengenalan 05 /31 / 59) DAN alamat menetap di Negeri Sembilan
  2. Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari enam (6) tahun  (sila kemukakan sijil  berhenti sekolah rendah dan menengah)
  3. Pendapatan isi rumah B40 terkini RM 4,210.00 (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
  4. Pelajar IPTA (Universiti Awam) / Politeknik  yang masih belajar di peringkat pengajian, DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
  5. Pelajar tahun akhir TIDAK LAYAK untuk memohon (sila kemukakan surat pengesahan belajar) CONTOH: Tahun pengajian 3 tahun (Semester 5 dan 6 adalah tahun akhir dan tidak layak)
  6. Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya seorang pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

 

Cara Memohon

Bagi penuntut yang berminat, permohonan boleh dilakukan menerusi link google form di bawah:

Penutup

Sebarang persoalan boleh hubungi maklumat di bawah:

  • Portal rasmi Yayasan Negeri Sembilan
  • Alamat : Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
    Jalan Yam Tuan 70000 Seremban, Negeri Sembilan
  • Telefon : 06-762 8046

Nota Ringkas:

** Yayasan Negeri Sembilan berhak untuk MENOLAK permohonan maklumat yang tidak lengkap dan tidak jelas
** Semua dokumen sokongan perlu DISAHKAN dahulu sebelum di muatnaik pada ruangan yang disediakan
** Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas akan ditolak

Bagi penuntut dari Kelantan dan Terengganu pula, bantuan berupa wang tunai menanti kalian. Boleh mohon di SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More