Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dinaikkan ke RM800

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah negara ini dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata BMT yang melibatkan peruntukan RM256 juta itu akan diberikan RM200 sebulan selama empat bulan dan akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil.

Sebelum ini dalam Bajet 2022,  bantuan musim tengkujuh akan diberikan sebanyak RM 600 yang mana diagihkan kepada dua peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2022 dan bakinya pada bulan Disember 2022.

Tambahan lagi, Tengku Zafrul memaklumkan bantuan kepada pesawah diperkenalkan semula untuk tahun depan dengan memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim yang memanfaatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta yang terjejas dengan kedatangan musim tengkujuh.

Insetif Bantuan Musim Tengkujuh

“Bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, Insentif Pengeluaran Lateks diperkenalkan bersama program TARGET (Projek Transformasi Perusahaan Getah) untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah melalui koperasi,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

 

Sementara itu, kerajaan juga memperkenalkan Skim Perlindungan Pertanian untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi. Pelbagai subsidi dan insentif disediakan merangkumi susbsidi harga padi, baja pagi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif padi serta insentif tangkapan hasil nelayan dengan peruntukan RM1.8 bilion iaitu meningkat RM100 juta berbanding sebelum ini.
katanya lagi, Kerajaan akan tetap memastikan kebajikan dan sokongan yang berterusan kepada para pesawah, nelayan dan pekebun kecil bagi meringakan beban yang ditangung terutamanya dengan kedatangan musim tengkujuh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More