Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Persekolahan RM400 MAIWP 2021 | Tutup 30 April 2021

Bantuan Persekolahan RM400 MAIWP 2021 adalah untuk keluarga Asnaf yang terpilih dan layak untuk menerima bantuan. Sekiranya anda merupakan golongan asnaf dan mempunyai anak/ tanggungan yang masih bersekolah, anda kini boleh membuat semakan bagi bantuan Kasih Asnaf Back To School “Pilih & Pulang” yang dikelolai oleh Majlis Agama Islam WP.

Majlis Agama Islam WP memperuntukkan sebanyak RM9.13 Juta melalui dana zakat. Daripada jumlah itu, seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf bakal menerima bantuan ini merangkumi pembelian pakaian serta peralatan persekolahan bagi sesi persekolahan Tahun 2021.

Melalui Program MAIWP KASIH ASNAF, bantuan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai anak di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Setiap individu yang layak akan menerima kredit voucher RM250 – RM400 yang diberikan mengikut sekolah.

Isi Kandungan

MAKLUMAT BANTUAN PERSEKOLAHAN RM400

Berikut adalah merupakan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini. “Pembelian tanpa perlu pembayaran” hendaklah melalui proses penebusan yang boleh dilakukan mengikut pada ketetapan berikut:

  • Tarikh Penebusan : Bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021
  • Masa Penebusan : Mengikut kepada waktu operasi kedai / pasaraya
  • Bilangan Kedai / Pasaraya : 46 buah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bantuan Persekolahan

SEKOLAH YANG LAYAK BANTUAN PERSEKOLAHAN

  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Rendah & Sekolah Rendah Agama/ KAFA
  • Sekolah Menengah
  • Sek. Rendah & Sek Rendah Agama/ KAFA/ Pelajar Darul Kifayah
  • Sek. Menengah/ Pelajar Darul Kifayah
  • SMAMAIWP/ SMISTA

CARA MENEBUS BANTUAN PERSEKOLAHAN RM400 MAIWP

Daripada bantuan ini, keluarga asnaf hanya perlu melakukan perkara seperti di bawah ini:

  1. Pergi ke mana-mana 46 buah pasaraya / kedai yang terpilih yang terletak di lokasi yang telah ditentukan.
  2. Sila pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang telah dikeluarkan oleh pihak MAIWP mengikut kadar yang telah ditetapkan.
  3. Anda hendaklah membuat penebusan untuk barangan wajib terlebih dahulu sebelum menebus barangan pilihan. (Pembelian melebihi kadar bantuan adalah tanggungjawab ibu bapa / pelajar sendiri)
  4. Serahkan MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal yang terletak di kaunter bayaran.
  5. Juruwang akan melakukan imbasan barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.
  6. Juruwang memasukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.
  7. Masukkan 6-Digit Pin pertama yang tertera di MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal.
  8. Resit akan dicetak setelah selesai. Sila pastikan anda menyemak baki akaun pada resit dan simpan resit tersebut sebagai rujukan.
  9. Anda boleh pulang dengan hati yang gembira tanpa perlu melakukan sebarang pembayaran tunai.BANTUAN PERSEKOLAHAN

CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

Untuk pengetahuan anda, seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf adalah layak untuk menerima bantuan persekolahan yang ditawarkan ini.

Untuk mengetahui samada anda layak menerima bantuan persekolahan ini, anda boleh terus membuat semakan di Portal MAIWP dibawah:

>> SEMAK BANTUAN PERSEKOLAHAN RM400 MAIWP<<

MAKLUMAT LANJUT

Seandainya anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan bantuan yang berkaitan, anda boleh terus menghubungi sila hubungi salah satu daripada talian MAIWP berikut :

Kuala Lumpur – 011 6254 2728 / 011 5920 909476 / 011 633 41373
Putrajaya – 013 851 3066 / 08 741 9594 / 08 7419 716
Labuan – 011 594 96216

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bagaimanakah agihan bantuan ini dijalankan?

→ Setiap penerima perlu membawa bersama MyKad / MyKid dan diserahkan kepada counter pembayaran semasa transaksi dilakukan.

→ Jumlah peruntukan adalah tertakluk kepada jumlah yang diluluskan oleh MAIWP kepada setiap penerima dan pembelian barang keperluan peralatan sekolah boleh dilakukan di mana-mana kedai / pasaraya yang dilantik oleh MAIWP mulai 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.

2. Apakah kemungkinan terjadi jika saya tidak membeli barangan wajib terlebih dahulu?→ Sekiranya, anda memilih untuk tidak melengkapkan pembelian barangan wajib dahulu, transaksi jualan tersebut adalah tidak sah dan batal. Barangan wajib perlu dihabiskan penubusan sebelum anda dibenarkan membeli barangan keperluan peralatan sekolah yang lain.

3. Adakah saya boleh memilih mana-mana merchant/ outlet bagi setiap penebusan barangan?

→ Ya, anda berhak menebus di mana-mana merchant / outlet yang terpilih bagi tujuan penebusan.

4. Bagaimanakah cara bagi membuat pembelian jika anda adalah bukan pemegang MyKad?

→ Anda perlu menunjukkan kad pintar (Kad MAIWP Kasih Asnaf) sebagai bukti yang anda adalah penerima yang sah ketika membuat pembelian. Juruwang hanya akan meneruskan proses jualan dikaunter setelah mengesahkan kad pintar anda.

5. Jika MyKad saya rosak/ hilang atau tidak boleh digunakan lagi, apakah yang perlu dilakukan?

→ Apabila situasi di mana MyKad anda rosak atau cip MyKad gagal disahkan, transaksi jualan secara manual akan dilakukan melalui terminal yang disediakan. Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami ditalian 603-7720 1800.

→ Anda diminta untuk membuat MyKad yang baru dicawangan JPN yang berhampiran secepat mungkin bagi memastikan tiada sebarang masalah ketika melakukan transaksi pada masa akan datang. Kami menyarankan supaya anda sentiasa membawa MyKad bersama anda. Jika MyKad gagal diserahkan ketika membuat pembelian, transaksi tersebut tidak akan diteruskan atau dibatalkan serta merta.

6. Apakah Terma dan Syarat Pemulangan/ Penukaran bagi pakaian seragam atau barang keperluan peralatan sekolah yang lain?

→ Produk boleh dikembalikan dan digantikan di kaunter khidmat pelanggan di cawangan dimana pembelian dilakukan.

→ Pemulangan / penukaran barandan hendaklah dilakukan di dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pembelian dengan syarat:

  • Resit asal pembelian disertakan.
  • Barangan masih berada di dalam keadaan yang baik di dalam pembungkusan yang asal.
  • Tag harga tidak ditanggalkan.
7. Dimanakah saya boleh menempah pakaian seragam sekolah bagi saiz yang tidak di kedai/ pasaraya?

→ Saiz pakaian seragam sekolah yang sukar didapati dikedai / pasaraya boleh ditempah dirangkaian pembekal seperti Canggih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More